Friday, 11 July 2014

Cerita Seram: Dari kerana mata

Kejadian lalu lintas sedang sesak. Lebih memburukkan keadaan, hujan pula sedang turun dengan lebatnya. Alyn yang turut terperangkap dalam kesesakan itu mengeluh kesal. Kalau dia tahu jadi begini, pastilah dia lebih sanggup bertahan di pejabat, menyiapkan kerja yang ada.

credit to owner


  Bunyi-bunyi hon semakin kerap kedengaran, memekakkan telinga. Lagu-lagu yang berkumandang di radio pula membuatkan telinga Alyn semakin bingit dan fikirannya tambah serabut. Sudahnya dia mematikan sahaja suis radio itu.
  Sedang Alyn menanti peluang untuk mencuri jalan di hadapan, tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk dari luar. Alyn segera menoleh ke kanan. Dia terperenjat melihat seorang wanita berkelubung kain batik sedang menengok kepadanya. Alyn juga terkejut melihat wanita itu sedang mengelek seorang bayi di dadanya. Tahulah Alyn bahawa wanita itu adalah peminta sedekah.
  Alyn pun berusaha tidak mengendahkan. Tetapi wanita itu berterusan mengetuk tingkap cermin kereta Alyn. Merasa tidak nyaman kerana wanita itu seperti enggan berganjak dari keretanya, selagi tidak diberikan duit, Alyn segera menarik sekeping not lima ringgit dari begnya. Cermin tingkap diturunkan tidak sampai seinci, dan duit itu dihulurkan melalui celahnya.

"Terima kasih... terima kasih..."

 Barulah wanita itu berlalu dari kereta Alyn. Tetapi Alyn masih memerhatikan gerak-geri wanita itu dari cermin pandang belakang.

  "Iskkk... sanggup dia bawak anak macam tu redah hujan, semata-mata nak minta sedekah?"

   Wanita itu kelihatannya gigih mengetuk setiap cermin kenderaan. Anehnya, dia segera pergi apabila ada pemandu tidak mengendahkannya.

 "Tapi kenapa bila turn aku tadi, dia berdegil, macam nak jugak duit dari aku? Agaknya, dia tengok aku ni perempuan, jadi aku akan bersimpati dengan dia? Huh!" gumam Alyn. agak tidak puas hati.

  Tiba-tiba wanita itu berpaling, seolah-olah tahu Alyn sedang mengatanya. Terperanjat, Alyn segera melarikan pandangan dari cermin. Beberapa ketika kemudian, barulah Alyn curi pandang lagi. Namun wanita itu sudah pun hilang dari pandangan.
   Alyn berkeluh lega. Sambil meneruskan pemanduan, Alyn berkata sendiri, " Pengemis bersepah kat mana-mana!"
  Tetapi Alyn tidak pernah menyangka, cemuhannya itu bagaikan sumpahan kepada diri sendiri. Esoknya, melalui jalan yang sama, ketika pulang dari kerja, Alyn melalui kesesakan lalu lintas seperti biasa.
  Ketika berhenti di hadapan lampu isyarat, tiba-tiba cermin kereta Alyn diketuk. Alyn terperenjat apabila melihat pengemis wanita yang sama berdiri di sisi keretanya. Pengemis itu mungkin tidak ingat tetapi Alyn masih tidak dapat melupakan wajah comot wanita itu, berkelubung kain batik yang sama dan masih mengendong bayi.
   Tidak semena-mena Alyn menggosok hidung, seolah-olah dapat mencium bau hamis dari tubuh pengemis itu. Dan kali ini, Alyn berusaha tidak menghiraukan walaupun pengemis itu mengetuk cermin tingkap Alyn berkali-kali.


  "Hey! Pergilah! Kan semalam aku dah bagi kau duit!!" jerit Alyn dari dalam kereta apabila pengemis itu masih tidak pergi-pergi.

  Pengemis itu tetap menadah tangan tetapi matanya tajam merenung Alyn. Tiba-tiba Alyn merasakan bulu romanya meremang. Cepat-cepat Alyn mengalihkan pandangan ke hadapan dan berdoa agar lampu isyarat segera bertukar hijau.
  Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, Alyn segera memecut dari situ. Tanpa menyedari, tayar keretanya telah melenyek hujung kaki pengemis tersebut. Jatuhlah wanita itu di tepi jalan, tetapi tidak dihiraukan oleh pemandu lain. Wanita itu memandang dengan penuh dendam ke arah kereta yang dipandu oleh Alyn sampai ia hilang dari pandangannya.
  Esoknya, Alyn mengambil keputusan tidak mahu pulang pada waktu biasa. Dia bertahan di pejabat sehingga jam melewati pukul 8.00 malam. Keadaan jalan raya pasti sudah tidak begitu sesak, Alyn bersiap untuk pulang.
  Sewaktu berhenti di lampu isyarat yang sama, Alyn berasa lega apabila tidak lagi melihat kelibat pengemis wanita itu. Mungkin dia hanya mengemis pada waktu siang sahaja.
  Sambil memandu kereta, Alyn berlagu riang mengikut alunan muzik yang berkundang di radio. Tiba-tiba, telefon bimbit Alyn berbunyi. Tangan Alyn teraba-raba mencari telefon bimbit dalam beg tangan yang diletakkan di kerusi penumpang sebelah.
  Ketika mengalihkan pandangan seketika dari pemanduan, Alyn tidak sedar, ada seorang wanita melintas jalan. Apabila Alyn kembali memandang ke hadapan, dia mengalami kejutan apabila melihat wanita itu sedang memandang kepadanya. Tetapi sudah terlambat untuk Alyn menekan brek.
  Tanpa ampun, kereta Alyn merempuh wanita itu. Setelah itu, kereta Alyn terbabas dan menghimpit  prnghadang jalan sebelum melanggar tiang lampu. Serpihan cermin berterbangan. Ada yang menghiris muka dan kepala Alyn. Asap keluar berkepul-kepul dari enjin kereta.
  Alyn berteriak kesakitan sambil berusaha melepaskan diri daripada tali pinggang keledar. Setelah bersusah payah, akhirnya Alyn berjaya keluar dari kereta. Dia merangkah di atas rumput sambil meminta pertolongan.
  Tiba-tiba ada satu tangan menarik rambut Alyn dari belakamg, Alyn menjerit kesakitan. Alyn apabila berpaling, melihat seorang wanita dengan muka berdarah, cuba menumbuknya. Lebih memeranjatkan apabila baru Alyn menyedari bahwa wanita itu adalah pengemis yang selalu mengetuk cermin keretanya.

  "Perempuan laknat!! Kau bunuh anak aku! Aku bunuh kau2x !" Wanita itu berteriak macam orang gila.

Waktu itu, Alyn melihat mayat seorang bayi tergeletak di bahu jalan. Alyn terngadah lalu berusaha menjauhkan diri dari wanita itu.

  "Kau yang salah! Siapa suruh kau melintas jalan macam tu aje!" Alyn membela diri biarpun dia sudah ketakutan setengah mati.

  "Aku dendam kau! Kau akan terima balasannya! Aku sumpah,  hidup kau akan tersiksa! Haaaaaaaaaaa!" wanita itu mencekak leher Alyn.

Alyn meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dia berharap akan ada orang membantunya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Cik... sabar cik... sekejap lagi kita akan sampai ke hospital. Bertahan cik..."

Alyn yakin dia mendengar suara itu. Tetapi matanya sudah tidak mampu dibuka lagi. Alyn hanya tersedar beberapa hari kemudian dan mendapati dirinya berada di katil hospital, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

"Syukurlah kau dah sedar nak..." emak memeluk Alyn. Ayah dan saudara-mara hanya memerhati.

Namun, perkara pertama yang menerjah difikiran Alyn adalah wajah menakutkan pengemis wanita yang dilanggarnya.

"Mak! Macam mana dengan orang yang Alyn langgar malam tu? Dia masuh hidup tak? Dia dah buat report polis ke?

Semua yang ada disitu memandang Alyn dengan dahi berkerut.

"Alyn... mana ada orang lain, kamu yang bawa kereta sampai terbabas," ayah menyampuk.

Alyn kehairanan. "Tak! Alyn terbabas sebab terlanggarkan pengemis wanita. Dia kata bayi dia mati! Dia kata nak bunuh Alyn sebab dah bunuh anak dia! Alyn takut!"

"Alyn... memang tak ada sesiapa di tempat kejadian, hanya kamu seorang saja. Mana ada mayat bayi, kalau betul kamu langgar pengemis, tentu dia pun cedera dan dibawa sama ke hospital," abang menerangkan.

Alyn ternganga. Tidak habis fikir. Mustahil tak ada orang yang nampak pengemis itu. Mustahil pengemis itu berlalu pergi sahaja. Alyn tidak habis fikir. Sejak hari itu, Alyn sentiasa meracau keran terbayangkan wajah pengemis itu. Alyn benar-benar tidak dapat melupakan wajah menakutkan pengemis itu. Alyn bahkan dapat merasakan aura dendam dari pengemis itu . Tidak cukup dengan meracau, Alyn mencakar-cakar muka sendiri yang memang sudah cedera akibat kecelakaan itu.

Natijahnya, luka diwajah Alyn bertambah parah. Ia bahkan dijangkiti kuman dan doktor tidak mampu merawatnya lagi. Alyn menderita akibat luka yang semakin membusuk dan berulat pada wajahnya. Kuman menyebar ke serata tubuhnya membuatkan Alyn tidak lagi mampu bangun dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir dengan penuh penderitaan. Sumpahan pengemis itu benar-benar mencelakai Alyn.

Beberapa hari selepas kematian Alyn.....

Jalan raya sesak akibat satu kemalangan kecil. Di celah-celah kesesakan itu, kelihatan seorang pengemis wanita, berkelubung kain batik, berjalan sambil mengendong seorang bayi, mengetuk tingkap kereta meminta sedekah.
Pada setiap orang yang menghulurkan wang, dia mengucapkan terima kasih tidak putus-putus. Tetapi kepada yang mencemuhnya, dia akan memandang dengan penuh dendam....


P/S: kisah seram dari author kegemaranku, Kak Nora dari APO? magazines . aku taip balik sebab aku mahu kongsi dengan korang, cerita-cerita kak Nora nih semua best-best, aku beli APO pun semata-mata mahu baca dia punya kisah. Ada banyak kisah seram dia aku kumpul, tapi biasalah, barang lama tidak selalunya kekal(dari zaman my noona lagi), ada separuh kisah seram kak Nora nih rosak(dimakan anai-anai) x sempat scan dan tiada scanner, pastu orang lain selalu pinjam our APO? magazines kadang2 x kasi balik(biasalah pinjam ertinya ambil istilah sekarang/dulu).. ada banyak kisah seram aku baca tapi yang lain sudah rosak, hilang so lebih baik aku taip dan kongsi dengan korang disini. Semua cerita credit to #KakNora #APO?MAGAZINES lots of love to kak Nora<3

Thursday, 10 July 2014

My Secret Boyfriend - Kaoru❤

Akhirnya Cik Kaoru telah melepaskan karya-nya pergi setelah sekian lama I tunggu walaupun I belum terbeli komiknya yang sebelum ini iaitu My Secret Bodyguard.. komik terbaru yang I maksudkan is My Secret Boyfriend. OMG! ta sabar I mahu baca, sebab aku yang beria-ia bertanya pada Cik Kaoru nih bila mahu update komik lagi, tak sangka woo dia balas  I hahahaha well terharu and thankyous cik Kaoru lots of ❤❤❤ to you  .. tapi I pula yang paling ketinggalan zaman mahu beli dia punya komik. maaf ya cik Kaoru kerna anda mempunyai peminat seperti saya T_T tidak mengapa, lepas raya nanti I akan beli komik mu wahai Cik Kaoru yang manis comel :* :* Mu tunggu I datang beli kay .


Yay! dah keluar pun. awwwww


Bodyguard.. karya sebelumnya

antara karekter dalam komik ' my secret bodyguard '


Antara komik hasil dari Cik Kaoru yang aku sudah beli :-

komik nih memang best dan aku suka watak hero dan heroin-nya. dua-dua sasau tapi saling ambil berat antara satu sama lain biarpun Julien dah ada kekasih, Mia pula... still single.

xda terlepas peluanglah, aku dah beli awal2... hahaha


best! 




sekuel dari Lost Diary.. best gilaa wa cakap lu. ahakz!


ini pun best, bukan komik tapi novel dimana aku enjoy membacanya.. *Cik Kaoru kata, her dream guy macam katun lelaki yang tengah bawa order tuh, rambut panjang warna blonde diikat kemas sambil pakai spectacle* aww...seksinya<3 ngehngehngeh~

status: lama tak update bukan kerna ku sibuk, belum tiba masanya, tapi adalah.. secret! ahahaha.. ada banyak entri I mahu update tapi masih simpan sebagai draf, yang lain belum siap..sebab akukan sudah set mode untuk blogwalking di blog kamu, tapi hanya sempat singgah sajalah, kekadang x larat mahu komen or follow, sesiapa yang perasan aku ada singgah diblog kamu, boleh tinggalkan jejak disini..nanti I follow kalau sempat sehh <3







Tuesday, 1 July 2014

Disebalik trend Ulzzang

The word ulzzang, literally "best face", is derived from the words eolgul (얼굴) meaning "face"; and jjang () a slang term meaning "best". The term is often used by netizens for contests competing for the title of ulzzang, but it has since developed into a subculture or style, rather than a competition event.-Mr.Wiki-



❀ ✿how cute you are






freaking kyeoptaaa!!





Dah puas tengok gadis-gadis comel diatas??? Aww... so sweet gilaa lar..


 google lagi google lagi google lagi ...............


Then I found these :B :B :B












cheeka-cheeka booom














Owhhh... betapa aku percaya kecomelan gadis-gadis ulzzang selama ini, patut lah wajah comel nih macam unrealistik dan abnormal(dalam makna yang baik) rupanya PHOTOSHOP !! agagaga... but who the fishing cares???! selagi diorang takda masalah dengan aku, aku tetap suka Ulzzang. 

status: dan tanpa PS pun mereka masih comel...