Friday, 11 July 2014

Cerita Seram: Dari kerana mata

Kejadian lalu lintas sedang sesak. Lebih memburukkan keadaan, hujan pula sedang turun dengan lebatnya. Alyn yang turut terperangkap dalam kesesakan itu mengeluh kesal. Kalau dia tahu jadi begini, pastilah dia lebih sanggup bertahan di pejabat, menyiapkan kerja yang ada.

credit to owner


  Bunyi-bunyi hon semakin kerap kedengaran, memekakkan telinga. Lagu-lagu yang berkumandang di radio pula membuatkan telinga Alyn semakin bingit dan fikirannya tambah serabut. Sudahnya dia mematikan sahaja suis radio itu.
  Sedang Alyn menanti peluang untuk mencuri jalan di hadapan, tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk dari luar. Alyn segera menoleh ke kanan. Dia terperenjat melihat seorang wanita berkelubung kain batik sedang menengok kepadanya. Alyn juga terkejut melihat wanita itu sedang mengelek seorang bayi di dadanya. Tahulah Alyn bahawa wanita itu adalah peminta sedekah.
  Alyn pun berusaha tidak mengendahkan. Tetapi wanita itu berterusan mengetuk tingkap cermin kereta Alyn. Merasa tidak nyaman kerana wanita itu seperti enggan berganjak dari keretanya, selagi tidak diberikan duit, Alyn segera menarik sekeping not lima ringgit dari begnya. Cermin tingkap diturunkan tidak sampai seinci, dan duit itu dihulurkan melalui celahnya.

"Terima kasih... terima kasih..."

 Barulah wanita itu berlalu dari kereta Alyn. Tetapi Alyn masih memerhatikan gerak-geri wanita itu dari cermin pandang belakang.

  "Iskkk... sanggup dia bawak anak macam tu redah hujan, semata-mata nak minta sedekah?"

   Wanita itu kelihatannya gigih mengetuk setiap cermin kenderaan. Anehnya, dia segera pergi apabila ada pemandu tidak mengendahkannya.

 "Tapi kenapa bila turn aku tadi, dia berdegil, macam nak jugak duit dari aku? Agaknya, dia tengok aku ni perempuan, jadi aku akan bersimpati dengan dia? Huh!" gumam Alyn. agak tidak puas hati.

  Tiba-tiba wanita itu berpaling, seolah-olah tahu Alyn sedang mengatanya. Terperanjat, Alyn segera melarikan pandangan dari cermin. Beberapa ketika kemudian, barulah Alyn curi pandang lagi. Namun wanita itu sudah pun hilang dari pandangan.
   Alyn berkeluh lega. Sambil meneruskan pemanduan, Alyn berkata sendiri, " Pengemis bersepah kat mana-mana!"
  Tetapi Alyn tidak pernah menyangka, cemuhannya itu bagaikan sumpahan kepada diri sendiri. Esoknya, melalui jalan yang sama, ketika pulang dari kerja, Alyn melalui kesesakan lalu lintas seperti biasa.
  Ketika berhenti di hadapan lampu isyarat, tiba-tiba cermin kereta Alyn diketuk. Alyn terperenjat apabila melihat pengemis wanita yang sama berdiri di sisi keretanya. Pengemis itu mungkin tidak ingat tetapi Alyn masih tidak dapat melupakan wajah comot wanita itu, berkelubung kain batik yang sama dan masih mengendong bayi.
   Tidak semena-mena Alyn menggosok hidung, seolah-olah dapat mencium bau hamis dari tubuh pengemis itu. Dan kali ini, Alyn berusaha tidak menghiraukan walaupun pengemis itu mengetuk cermin tingkap Alyn berkali-kali.


  "Hey! Pergilah! Kan semalam aku dah bagi kau duit!!" jerit Alyn dari dalam kereta apabila pengemis itu masih tidak pergi-pergi.

  Pengemis itu tetap menadah tangan tetapi matanya tajam merenung Alyn. Tiba-tiba Alyn merasakan bulu romanya meremang. Cepat-cepat Alyn mengalihkan pandangan ke hadapan dan berdoa agar lampu isyarat segera bertukar hijau.
  Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, Alyn segera memecut dari situ. Tanpa menyedari, tayar keretanya telah melenyek hujung kaki pengemis tersebut. Jatuhlah wanita itu di tepi jalan, tetapi tidak dihiraukan oleh pemandu lain. Wanita itu memandang dengan penuh dendam ke arah kereta yang dipandu oleh Alyn sampai ia hilang dari pandangannya.
  Esoknya, Alyn mengambil keputusan tidak mahu pulang pada waktu biasa. Dia bertahan di pejabat sehingga jam melewati pukul 8.00 malam. Keadaan jalan raya pasti sudah tidak begitu sesak, Alyn bersiap untuk pulang.
  Sewaktu berhenti di lampu isyarat yang sama, Alyn berasa lega apabila tidak lagi melihat kelibat pengemis wanita itu. Mungkin dia hanya mengemis pada waktu siang sahaja.
  Sambil memandu kereta, Alyn berlagu riang mengikut alunan muzik yang berkundang di radio. Tiba-tiba, telefon bimbit Alyn berbunyi. Tangan Alyn teraba-raba mencari telefon bimbit dalam beg tangan yang diletakkan di kerusi penumpang sebelah.
  Ketika mengalihkan pandangan seketika dari pemanduan, Alyn tidak sedar, ada seorang wanita melintas jalan. Apabila Alyn kembali memandang ke hadapan, dia mengalami kejutan apabila melihat wanita itu sedang memandang kepadanya. Tetapi sudah terlambat untuk Alyn menekan brek.
  Tanpa ampun, kereta Alyn merempuh wanita itu. Setelah itu, kereta Alyn terbabas dan menghimpit  prnghadang jalan sebelum melanggar tiang lampu. Serpihan cermin berterbangan. Ada yang menghiris muka dan kepala Alyn. Asap keluar berkepul-kepul dari enjin kereta.
  Alyn berteriak kesakitan sambil berusaha melepaskan diri daripada tali pinggang keledar. Setelah bersusah payah, akhirnya Alyn berjaya keluar dari kereta. Dia merangkah di atas rumput sambil meminta pertolongan.
  Tiba-tiba ada satu tangan menarik rambut Alyn dari belakamg, Alyn menjerit kesakitan. Alyn apabila berpaling, melihat seorang wanita dengan muka berdarah, cuba menumbuknya. Lebih memeranjatkan apabila baru Alyn menyedari bahwa wanita itu adalah pengemis yang selalu mengetuk cermin keretanya.

  "Perempuan laknat!! Kau bunuh anak aku! Aku bunuh kau2x !" Wanita itu berteriak macam orang gila.

Waktu itu, Alyn melihat mayat seorang bayi tergeletak di bahu jalan. Alyn terngadah lalu berusaha menjauhkan diri dari wanita itu.

  "Kau yang salah! Siapa suruh kau melintas jalan macam tu aje!" Alyn membela diri biarpun dia sudah ketakutan setengah mati.

  "Aku dendam kau! Kau akan terima balasannya! Aku sumpah,  hidup kau akan tersiksa! Haaaaaaaaaaa!" wanita itu mencekak leher Alyn.

Alyn meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dia berharap akan ada orang membantunya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Cik... sabar cik... sekejap lagi kita akan sampai ke hospital. Bertahan cik..."

Alyn yakin dia mendengar suara itu. Tetapi matanya sudah tidak mampu dibuka lagi. Alyn hanya tersedar beberapa hari kemudian dan mendapati dirinya berada di katil hospital, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

"Syukurlah kau dah sedar nak..." emak memeluk Alyn. Ayah dan saudara-mara hanya memerhati.

Namun, perkara pertama yang menerjah difikiran Alyn adalah wajah menakutkan pengemis wanita yang dilanggarnya.

"Mak! Macam mana dengan orang yang Alyn langgar malam tu? Dia masuh hidup tak? Dia dah buat report polis ke?

Semua yang ada disitu memandang Alyn dengan dahi berkerut.

"Alyn... mana ada orang lain, kamu yang bawa kereta sampai terbabas," ayah menyampuk.

Alyn kehairanan. "Tak! Alyn terbabas sebab terlanggarkan pengemis wanita. Dia kata bayi dia mati! Dia kata nak bunuh Alyn sebab dah bunuh anak dia! Alyn takut!"

"Alyn... memang tak ada sesiapa di tempat kejadian, hanya kamu seorang saja. Mana ada mayat bayi, kalau betul kamu langgar pengemis, tentu dia pun cedera dan dibawa sama ke hospital," abang menerangkan.

Alyn ternganga. Tidak habis fikir. Mustahil tak ada orang yang nampak pengemis itu. Mustahil pengemis itu berlalu pergi sahaja. Alyn tidak habis fikir. Sejak hari itu, Alyn sentiasa meracau keran terbayangkan wajah pengemis itu. Alyn benar-benar tidak dapat melupakan wajah menakutkan pengemis itu. Alyn bahkan dapat merasakan aura dendam dari pengemis itu . Tidak cukup dengan meracau, Alyn mencakar-cakar muka sendiri yang memang sudah cedera akibat kecelakaan itu.

Natijahnya, luka diwajah Alyn bertambah parah. Ia bahkan dijangkiti kuman dan doktor tidak mampu merawatnya lagi. Alyn menderita akibat luka yang semakin membusuk dan berulat pada wajahnya. Kuman menyebar ke serata tubuhnya membuatkan Alyn tidak lagi mampu bangun dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir dengan penuh penderitaan. Sumpahan pengemis itu benar-benar mencelakai Alyn.

Beberapa hari selepas kematian Alyn.....

Jalan raya sesak akibat satu kemalangan kecil. Di celah-celah kesesakan itu, kelihatan seorang pengemis wanita, berkelubung kain batik, berjalan sambil mengendong seorang bayi, mengetuk tingkap kereta meminta sedekah.
Pada setiap orang yang menghulurkan wang, dia mengucapkan terima kasih tidak putus-putus. Tetapi kepada yang mencemuhnya, dia akan memandang dengan penuh dendam....


P/S: kisah seram dari author kegemaranku, Kak Nora dari APO? magazines . aku taip balik sebab aku mahu kongsi dengan korang, cerita-cerita kak Nora nih semua best-best, aku beli APO pun semata-mata mahu baca dia punya kisah. Ada banyak kisah seram dia aku kumpul, tapi biasalah, barang lama tidak selalunya kekal(dari zaman my noona lagi), ada separuh kisah seram kak Nora nih rosak(dimakan anai-anai) x sempat scan dan tiada scanner, pastu orang lain selalu pinjam our APO? magazines kadang2 x kasi balik(biasalah pinjam ertinya ambil istilah sekarang/dulu).. ada banyak kisah seram aku baca tapi yang lain sudah rosak, hilang so lebih baik aku taip dan kongsi dengan korang disini. Semua cerita credit to #KakNora #APO?MAGAZINES lots of love to kak Nora<3

12 comments:

  1. hehehe
    dulu2 masa beli APO? memang suka baca kisah seram nukilan kak nora tu
    memang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! tp byk cerita dia sy x sempat simpan. haishhh!

      Delete
  2. wahh..suka baca majalah apo ye?

    ReplyDelete
  3. woww. fiqa jarang nak baca cerita seram ni hoho.
    btw thanks for the wish

    ReplyDelete
  4. baca siang siang takpe... baca malam malam tu.. aihhh.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. yg tgh mlm tuh best. baru feel .ahaaa

      Delete
  5. salam & hai...huishhh bole tahan seram jugak cerpen ni

    ReplyDelete
  6. haishhh seram jugak nih.. tp tu la moral of the story, kalo pun kite xnak tlg, jgnla kite menyombong kan.. bg la sikit pun xpe, sbb setiap dari harta kita, ada sikit yg mmg utk org lain :)

    ReplyDelete
  7. betul tuh.. sy sokong.. dah bagi diam2 je kan. kn dah kena. huhu~

    ReplyDelete