Sunday, 31 August 2014

Video ekstrem yang menakutkan

"Pak!" Putus 2 jari si sang pemuda. Dia menarik semula tangan dan cuba mengusap tangannya yang hanya tinggal 3 jari. Air muka berkerut tanda kesakitan dan juga kelihatan seperti mahu menangis.

tinggal ini pic sopan yang saya jumpa dalam internet.keh!


Beberapa orang awam berkumpul menyaksikan kejadian yang mengerikan itu. Si pemotong jari itu mengacukan pistol kearah pemuda tadi tanda mengugut. Beliau berbuat demikian supaya si pemuda meletakkan tangannya yang cedera parah semula di atas kayu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa meletak semula tangannya, kemudian si pemotong tanpa ragu-ragu menghayunkan kapak itu ketangan si pemuda maka terrr.......

Tett!!! Preview pun habis. [nampak sekilas saja tak tengok semua, sebab menggerunnnzkan]

Menyesal I tengok itu video, kalau tahu, bayar RM100 pun tak hingin! Kalau RM1000 mungkin dipertimbangkan. Kah! Serius beb, video tuh random playing dari galeri handphone my bro, padan muka suka godek lagikan,  tak pasal2 dapat tengok video extrem. Terasa macam mau padam video tuh tapi, itu bukan handphone saya.. Seriau gua!

Saya memang, video potong-potong nih memang saya tak lalu, dulu pun masa sekolah kawan-kawan selalu kongsi video-video ekstrem nih kim salam lah mahu tengok(oh kuingatkan slma nih diriku cool T_T). Tapi, ada satu video ekstrem saya pernah tengok sampai habis, bukan preview, kes nih tak tahulah dimana berlaku, tapi kesian gila sangat dengan mamat orang putih tuh(dahla encem kah)

mcm ini ^_^
Kepala dia botak(I gelar dia Hitman), dia dibaringkan ditanah dengan kaki tangan diikat.. latar tempat dalam hutan kot sebab banyak pokok dan tersembunyi, ada beberapa orang disitu berpakaian serba hitam dan pakai masks yang dua orang itu sedang tahan si Hitman tuh, Hitman tuh dia nangis sambil tutup mata dia, dan merayu supaya tak dibunuh... beberapa minit kemudian.. zuppppp!!

Dengan rakus lehernya disembelih tanpa balas kasihan... terkejut beruk tengok wooi!! Sampai hati my kazen kasi tengok I itu video. S**t!! Tapi itu sudah lama lah, around 2007 so sekarang sudah tak berapa mahu ingat. So menakutkan bila diingat kembali, bila dah beransur lupa, tadi tertengok pula video ekstrem tanpa sengaja. WHY LAHHHHHHHH!!! T_T

status: siapa penah layan kari-ngeri .. wueeerkkkk!

Monday, 25 August 2014

7 Things about Fina Lotus -- Versatile Blogger Award



Sebelum itu, thanks to AmyJ kerna sudi tag kan saya VBA nih, seriuslah pertama kali dapat macam nih, dulukan, saya tertunggu2 adakah blogger yang sudi tag saya masa Liebster Awards hari itu, tapi tiada pun yang tag T_T ... sampai hati kamu semua!! Kah!
________________________________________________________________________________

Wahh.. macam Miley Cyrus pula nk berSeven-Seven things, ahaha.. tp Miley bagi 14 perkara ttg her ex ,7 utk keburukan dan 7 lagi utk kelebihan boy dia. hah! Now saya punya turn pulak, tapi dibawah 14 lah.. limit 7 aja, nanti kalau banyak konfem orang nyampah baca, takpa lah juga kalau I neh retisszz kan (argh, xda maknanya semua itu!!!)

1. Anak bongsu
saya paling last dalam keluarga, ada kakak ada abang, jumlah secret tapi sikit.. yang pasti tak punya adik.. anak buah sikit, ada nenek tunggal. anak manja?? being a spoiled child isnt my style laa. Huh!

2. Can't pronounce "R" properly...
Ini bukan my biggest secret yah, ramai orang dah perasan cuma ada yang diam2 buat tidak tahu ada juga yang senyum2 pastu bisik2. Siott! T_T , yesss.. i ta pandai sebut R dengan lurus.. tapi bukan tidak pandai langsung, Bunyi R itu ada tp 'rrrrr' dihujung tuh x kesampaian. So, kalau kita MIRL(meet in real life) janganlah kutuk i bila ada slang2 loghat orang puteh.. bukan hendak berlagak tapi juz cover-up, malu sehh! :B (sampai skg masih practice sebut huruf R, omg!)

3. Rawak
Pelayan: Makan apa?
Fina: Ada mee basah?
Pelayan: Ada..
Fina: Mee basah ayam, ada?
Pelayan: Semua ada dik... Mee basah seafood, mee basah daging, mee basah special, bla bla (panjang lebar dia terangkan)
Fina: Oklah.. bagi Gado-Gado satu...

Jauh langit dari bumi.. pelayan tuh senyum2 tahan ketawa mungkin dia ingat saya nih gilaa, sebab motif tanya mee basah untuk dapatkan gado-gado sangat2 tak masuk akal. I am such a random person you know! Kah!

4. Lawak Basi/Kurang lucu
Bila I buat lawak orang pertama yang paling menyampah is my abang. saya dan dia dari dulu 'musuh ketat'. sebenarnya, lawak yang I buat tuh lucu juga(bole la 50-50) tapi dia cakap 'annoying', oh no no.. please, ini bukan annoyz, ini kes untuk menghiburkan orang sekeliling bila semua buat muka ketat. Mungkin ini kes jealous sebab mostly orang yang tengok saya buat lawak mesti ketawa.. keh!

5. Suka menyendiri
I prefer being alone(faktor usia), tapi dalam diam2 saya rindu diri saya yang 'lama', time zaman sekolah, ada kenangan selalu rebut dengan abang tengok tv, I mahu tengok CSI, dia nak tengok kartun.. banyak scene mengerikan bila kami berebut untuk tengok tv. Tapi sekarang, no more scaryscenes.. sebab sudah lama  tak menonton tv, so....

Nahh nain, this tv 50inch is yours!


6. Bakal jutawan
Heh! Jangan pandang I sebelah mata kerna I seorang perempuan.. saya bakal Jutawan woiiiii!!! I nih bakal dapat projek juta-juta hujung tahun nih, bakal ada banglow besauu yah! so be nice to me kay kalau nak Iphone dan Lamborghini. Huh!

7. Still single
Alamak! Ini bukan sesi promosi diri.. Dah nama "things about me" kan? Yup. saya single, belum pernah berpunya. Serius! Tak sia-sia I kecewa masa sekolah bila abang senior rejek my 'cinta suci' thru surat dulu. So, hingga sekarang x pernah ada, lagipun passion mahu ada bf tuh dah berlalu, sekarang saya lebih kepada kawan-kawan dan persahabatan. Kapel2 apa semua nih sudah tidak minat. So, I love my single-life :) Alalalaaaa..

okok, I Love You Kucing! 

________________________________________________________________________________

Fuhh.. panjang juga perkara yang ditaip nih, so, yah.. itu saja a things about me. Sebenarnya banyak, tapi tamao lah banyak2, kang gue merapu tak sudah-sudah korang juga yang menderita p baca entri nih. Heuheuheu! So, lepas I buat nih, kena tag 15 blogger lainkan?  What? 15 saja?? sikit nya larr.. dah lah limit 7 perkara jak, meh I tag semua blogger yang baca entri nih, kalau kamu tidak keberatan lah nak buat... heheehe! alamak, dah menyalahi undang-undang nih, tapi x mengapa quote orang putih bilang... :P :P :B :B

sometimes we need to break the rules

status: ehem, saya sudah bagitahu kan yang saya nih suka buat lawak, biarpun ta berapa nak lawak.. yang no 6 tuh sebenarnya bayangan untuk "kuat berangan" . mari tunjuk diri siapa yang ingat saya serius buat no.6 tuh. Kah!! 

Thursday, 21 August 2014

Giveaway~ Saya nak poskad dari Moscow

Hello to all bloggers...

Ok, ini pertama kali I join segmen-segmen nih, kalini Giveaway: saya nak poskad dari Moscow..

Bila baca Moscow, I terus "Apa? Moscowww???" ahahaha.. jakun seyh!!

Jom friends kita join segmen The Perks of Being Eva sambil blogwalking.


Rakan tag:

1. krung2x
2. JunkyoHikari
3. FaraFirhana

Well, thanks to adik Lieya Yaya sebab tag saya :B

status: dari dulu lagi saya suka Rusia, teringat dulu saya pernah ada seorang kawan berbangsa Rusia, dia half malay+Rusia, ayah dia Duta Rusia.. tapi sayang, x sempat mintak no fon dia sebab dah lama dia x online T_T . next entry hendak cerita about him :) to Shiera Leo, is it ok ke I taip panjang2 nih?? hahaha.. :D

Sunday, 17 August 2014

Terima Kasih Google 1708 :)


Google ucap befday kat saya... TQ, terharu biarpun tahu ini semua mesin yang buat ;p
(bila gerak arrow akan keluar "Happy Birthday fina!")
pelbagai bangsa kek Google-sensei bagi pada I :))))



Maxis bagi panggilan PERCUMA 24 jam.. awww.. lama x bergayut dalam telefon, siapa nak kol yah?! ^-^
abaikan mesej tidak berkenaan!



Kek tahun lalu... hahaha.. tapi I saja post disini, maklumlah, tahun nih xda kek larr.. so, I'm forever 21, yay!
Soalan: perisa apakah kek ini???


anak buah saya buatkan dalam format gif, konon hadiah hari jadi, oklah, I terharuuuu.. biarpun cara gerak dah macam headbanger, tetap dihargai.. thanks Dina <3 love her so much ^-^


Tuesday, 12 August 2014

Blog Bvlgarigirl: ~you must read the whole story to understand me~

Selama berblogging I memang ta pernah kenal pun blogger Bvlgarigirl nih, sampaila suatu hari I ada like satu page seorang blogger terkenal juga di Facebook, dia share satu link tentang Bvlgarigirl nih.. bila I buka link tuh saja-saja, rupanya Bvlgarigirl nih adalah FAKE wlupun I x pernah baca her blog. Orang kata blog Bvlgarigirl tuh best gilaa, semua entri dalam tuh tentang cerita kisah cinta dia bersama a non muslim guy yang bernama Kevin(ada yang kata sometimes dia kongsi resipi dan juga business) dapat tahu news awal tahun 2013, tahun lalu kalau ta silap aar. Memang aku rasa rugi oo, sebab aku bukannya pernah buka dia punya blog pun, masa tuh(2009-10) aku masih main-main dalam dunia blogging, padam aktif padam aktif blog, bukannya aku tahu apa semua makna Blogwalking nih.

credit to owner
Orang describe her blog like a fairytale story, ada bf and anak angkat seorang. Anak angkat si Bvlgarigirl nih nama dia Clara, lagi kata orang dia nih sayang sangat dengan budak tuh, dia dah anggap macam anak sendiri. Wahhh... aku yang baca 'sinopsis' blog dia dari orang lain pun dah rasa macam 'sweeeet' sangat, apatah lagi orang yang dah baca kan?? kekekekeh. tapi, the real is, she's fake!! ramai yang claim cerita dia nih hanya imaginasi semata-mata, alaa, kira yang macam dalam cerita novel tuh bah.

Bila readers-nya tahu si Bvlgarigirl nih fake dan ceritanya hanya fantasi semata-mata..Huii nah. Ramai gilaa yang kecewa woo.. ta pula I tahukan kalau ramai yang bash or hentam, tapi blogger popular mana yang tidak lepas dari haters/anonymous kan?? so ramai juga lah yang x puas hati. Aku faham apa yang dirasa oleh readers Bvlgarigirl tuh.. Rileks bah,  aku pun pernah kena tipu bah, kaw-kaw lagi.. damn!! Tapi, bagi diriku pula, aku tidak kisah pun kalaulah cerita si Bvlgarigirl tuh fake or real kah, aku on jaa.. mungkin dia ada sebab tersendiri kan sampai mahu reka-reka cerita macam tuh, so aku akan cuba memahami dirinya(kuikuikuikui) ..

Siapalah tahu dia praktis-praktis mahu jadi penulis novel kan so tanpa sengaja dia terbuat blog tersebut lalu dicurahkan segala idea-idea bernasnya dalam blog itu, tanpa dirancang, terdapat segelintir pembaca blog yang datang ke blognya dan tertarik dengan cara beliau menceritakan kisahnya.. so beliau pun serba salah nak beritahu sebenarnya cerita itu hanya sekadar fantasi dari idea bernasnya, tapi memandangkan yang para pembaca nih pula yang over-over 'omg omg sweet' gitu maka si beliau nih pun, xda pilihan so dia teruskan sajalah penulisannya, plus juga dia berasa dihargai, syookkk dan why not?? menyelam sambil minum airlah!!

omg omg, today was a fairytale..yay!
Mungkin juga, si Bvlgarigirl nih saja reka2 ada pakwe handsome yang sedang belajar diluar negara seperti para penulis novel tempatan selalu reka watak hero diorang dalam sesebuah novel kan??! agagaga... tapi I tamao buat andaian bagai kenapa dia pilih non-muslim and why kadazan .. tapi, I mahu juga sentuh bab nih, agagagaga.. mungkin dia ingat kadazan guy nih handsome and pintar(ini aku no komen but not bad juga koz aku selalu juga crush dgn lelaki kadajan kehkehkeh) macam model sabahan di bawah nih. entahlah, asal aku baca kisah about her boyfriend name Kevin tuh aku terus terbayang wajah lelaki ini.. mungkinkah ini Kevin yang sebenar kau maksudkan Bvlgarigirl??? (lagi teori tiada asas)

credit to owner
So to me, I cant blame her 100% , its lumrah kot manusia ada imaginasi/khayalan sendiri... rasa sebak dan sedih sebab kita/aku tidak dapat hidup dalam dunia khayalan yang kita/aku cipta sendiri so one choice buat cerita / movie untuk jayakan imaginasi kita/aku.. come on laa, macamlah kau, kau, kau, tak pernah punya khayalan kan?! Open laa sikit! Mahu salahkan dia coz fake I ta beri apa2 komen. Dia niat tipu or x tersengaja, itu urusan dia dengan Yang Berkuasa(gomeni minna-san, aku tidak layak dalam soal nih ) . Tapi bila baca luahan para pembaca blog Bvlgarigirl ada yang rasa kecewa dan rasa tertipu tuh, memang I ada sedikit sakit hati(mungkin juga tiada kot sbb xpnh baca) cuma kesian dengan mereka. But its okay, Armin said fikir positif dan bertindaklah secara profesional. Okay Armin, aku akan ikut nasihat mu ummpp umppftt.. last sekali, ketahuilah wahai kamu, apapun yang ku taip tentang bvlgarigirl mungkin ada 10% saja yang sangkut(betul) or langsung x betul, so ia hanya satu teori!! (banyak la ku punya teori) ahahaha

status: to bvlgarigirl, aku yakin masih ramai pembaca yang mengharapkan blog awak dibuka semula termasuk aku, kami harap awak tak padam lagi blog cinta tuh 

Thursday, 7 August 2014

Wanita paling cantik di galaksi

Ok girlss.. aku suka perkara yang random. aku suka tentang perkara yang mixed dan unlimited!! tak kisah tentang apa, selagi ia tak menyakiti diriku secara fizikal.. aku nda peduli, mental nda apa, jangan fizikal! yes.. aku takut itu!! agagaga... the reason... reason.. is...

Sebagai wanita juga, I was like..."She is the most beautiful girl I've ever seen..." dia cantik bangett.. aku bagi rating 100/10 94 . Kulit putih bersih, mata innocent type, comel+cantik overload!!!!!!! Setiap jejaka yang memandang pasti menoleh seratus kali, darah pekat kemerahan akan mengalir keluar deras dari hidung. Bukan jejaka sahaja, wanita, perempuan, bayi dan nenek juga akan turut terpegun dengan kecantikkannya. Peh! Untung sungguh empunya badan.. Tapi, aku tetap bersyukur dengan kejadian diriku, bak kata Selena Gomez " I am no beauty QUEEN , I am just beautiful me". Yah, kita semua cantik, tiada yang tidak cantik, cantik ini universal.. menyeluruh.. ter-semesta kau tauk! Aku tahu kamu juga memang rasa diri kamu sedikit cantik, tapi aku lagi cantik banyyyaaak dari kamu. agagagaaga. ok x lucu T_T  Gomeni,minna-san~~

Aku baca kisah bangsa dia dari google-sensei , fuhhh.. patut lah dari dulu lagi aku memang tergilaa-gilaa kan(menarik minat) kaum Mongolian dan Kazakh, rupanya ada kaitan buiii.. mahu tahu, wanita dibawah ini berbangsa Uighur. Sukar untuk ku percayai bangsanya. Sekilas pandang terus ter-set dalam minda dan naluri ku dia ini kemungkinan berketurunan Cina mahupun Thailand, tetapi I tersilap. heh!

Uighur(bangsa yang baru saja ku kenali) nih berasal dari keturunan bangsa Turki yang hidup beribu-ribu tahun di Asia Tengah, dimana mereka tinggal di daerah Xinjiang, China. Begini, kenapa aku cakap ada kaitan dengan Kazakh dan Mongol, hello.. Mongol dan Kazakh itu kan termasuk dalam Asia Tengah, seangkatan dengan negara2 "tan" such as Pakistan,Ubekiztan Kazakhstan and sesaudaranya.. bha, rajin-rajin jumpa google-sensei, sure dia tolong kau jadi fam.





Gomeni again, minna-san! Tujuan ku untuk menaip entri ini bukan untuk membincangkan kecantikan yang dimiliki oleh wanita ini, tetapi untuk menarik minat semua supaya lebih membuka minda dan mengenali bangsa-bangsa terpencil dari sudut dunia suram yang mempunyai keunikan budaya dan etnik masing-masing tersendiri, bukan macam suatu bangsa tuh, asal cerai.. masuk berita, asal rampas hubby org masuk Melodi, asal miskin papa kedana, masuk BersamaMu , asal kaya kontroversi mesti talent ke parit.. tapi.. tapi orang yang dok di pedalaman nun jauh disana, kes bunuh, rompak, ro*** dan gangster, pihak atasan pula sibuk "selfie" ngan abang Bama ekekekeke.. alamak, terlebih sudah!! ahaks~

Ok, akibat dari alkisah diatas, maka terjadilah satu percampuran bangsa yang tidak sengaja terlangsung sejak dari beribu2 tahun dahulu, maka wujud lah 2 etnik berbeza yang dipanggil Uighur dan Han.. dimana, kaum Uighur iini mempunyai wajah yang lebih cenderung kepada wajah Pan-Asian( Eropah) , manakala Han(China) pula same old same old.. jenis muka asian, mata macam nih -_- . Sepet!! Wakakakah...!! joking...joking! Jangan marah wahai manusia yang bermata sepet, kerana mataku juga sepet, monolids eyes cantik laa.. berryy the unikssssszzz.. thats wahy I love Japanese dan every etniklah.. kecuali Yahudi (ayat tipikal :B)



hek eleh! bajet sehh.. Doraemon lagi comel dari you lah!! (cemburu bhhuuuuuttttaaaa!)









Hi, hehe... belum habis g bha.. laju jak ko skroll kebawah ooh. hahaha..miang! sebenarnya, adalagi info aku mahu bagitahu pada kamu semua.. Kaum Uighur nih, ada tulisan skrips asli yang dicipta sendiri oleh bangsa mereka, umm.. skrips nih macam tulisan tradisional kot, alaa.. macam tulisan kanji Jepun tuh, hah camtuh lah maksudku, boleh tahan juga diorang nih, selalunya kalau tulisan skrips bangsa2 lain, hanya mampu bertahan(ini xbenar, tp memandangkan ia mitos yg best aku taip jak haha) dalam 200-400 tahun . Huh! Tapi, tulisan skrips Uighur ini mampu bertahun selama 800-900 tahun dan juga sempat digunakan oleh kaum-kaum lain spt Mongolian, puak Turki, tapi, langit tidak selalu cerah, kedatangan Islam pada masa itu telah merubah segalanya, sehingga pupusnya skrips Orkhun.. maka tergantilah alpabet2 Arabic di Urghui dan menjadi tulisan rasmi disana(telah ditokok tambah) hahaha...







pic dia disini, seiras macam wajah Cikgu ku di Pra sekolah.. cantik! 




goodbye Chorong, sorry for the Curang.. kerna aku sudah tertawan dengan gadis ini. ceh!


Lagi-lagi... Kejap!! aku tahu kamu bukan mahu baca pun perenggan texts yang aku taip dengan penuh semangat ini, kamu hanya mahu layan ini gambar perempuan diatas, kan? kan? tapi ketahuilah.. Kaum Uighur inikan, letaklah 70% mereka ini beragama Islam(syukur alhamdulillah ada juga chance ku bole kawin orang Uighur agaga joke_joke) . Mereka nih mahir dari segi ilmu perubatan semenjak berkembangnya agama dan budaya Islam disana, kerana para ahli agama disana kan rajin menimba ilmu(lagi ku tokok tambah), maka lahirlah para ahli perubatan yang berasal dari Uighur lalu mengembara ke China lagi mencari ilmu yang sedang bersembunyi.. malangnya, biasalah China, juga salah satu kuasa besar di dunia, diorang claim arr yang rawatan tradisional sperti akupuntur dan tumbuhan ubatan ini asalnya dari China, tapi bukan, ia asalnya dari para perawat dari Uighur yang mengembara di China (kot).. entahlah aku pun tidak pasti. aku cedok jak dari google. kalau fakta salah, jangan salah kan daku, ini semua Google Sensei's fault!!

Oklah.. oleh kerna kau pun mahu mengundurkan diri pada saat ini .. maka ku hidangkan kamu se-perenggan biodata gadis diatas ini.. nama nya biarlah rahsia, sebab kalau ku hayati dengan betul, kedengaran seperti nama jantan.. tapi wajah empunya diri, memang superbbss!! Terlajak laris bilang Dato'Aliff Shukri. kahkhakha



  • Nama: Rahsia..  kalau kau handal, kau carilah sendiri. hakhakhak!
  • 2 May 1992
  • Urumqi, Xinjiang China
  • 172 cm 
  • 50 KG
  • Actress
  • Blood A

p/s: abaikan tajuk diatas.... bluerkkkk heuheuheuheu!!!

Tuesday, 5 August 2014

Cerita Seram: Kau Berani , Aku Takut

"Malam ni, abang nak masuk hutan lagi. Ramzi dengan Latip ajak abang jerat ayam," Zamri memberitahu isterinya, Fauziah.

Muka Fauziah mula berubah, separuh masam. "Abang ni asyik masuk hutan je. Suka sangat tinggalkan Ziah kat rumah sorang-sorang. Ziah takutlah...."

"Alaa.. buat apa Ziah nak takut? Kalau Ziah takut sangat, Ziah pergilah tidur kat rumah Kak Mun. Lagipun Ziah kan suka makan ayam hutan...." Zamri berusaha memujuk Fauziah.

Mendengar ayam hutan, Fauziah terdiam. Dia memang suka makan ayam hutan golek. Mahu tidak mahu, Fauziah terpaksa juga melepaskan Zamir pergi. Sepeninggalan Zamir, Fauziah menyalakan lampu dalam rumah. Kemudian dia duduk mengunci diri dalam bilik tidur. Demi memastikan diri cepat rasa mengantuk, Fauziah memaksa diri membaca sebuah buku yang paling membosankan. Baru setengah jam membaca, Fauziah pun terlelap.

Dum! Dum! Dum! Fauziah tersentap dari tidur akibat dari ketukan yang kuat itu. Dia terpisat-pisat di atas katil. Apabila memandang jam di dinding, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Jangan-jangan Zamir yang pulang.

Dum! Dum! Dum!

"Sekejap bang!" sahut Fauziah menyanggul rambut. Kemudian dia bergegas ke ruang dapur untuk membuka pintu. Apabila pintu dibuka, Fauziah kehairanan apabila mendapati tidak ada orang diluar sana. "Abang?" panggil Fauziah sambil mata meliar ke dalam gelap di luar rumah.
"Auuuuuuu.. auuuuuuuuuuu" sebaliknya lolongan anjing yang menyahut panggilan Fauziah. Meremang bulu romanya. Cepat-cepat Fauziah menghempas pintu lalu menguncinya. Dia bersandar di pintu.

Ktangggg! Fauziah tersentak. Sebuah periuk tiba-tiba terjatuh dari gantungan. Fauziah terkaku memandang periuk yang tergolek diatas lantai itu. Tiba-tiba, tidak semena-mena periuk itu meluncur laju ke arahnya.

"Aaaaaaa" Fauziah terpekik ketakutan. Spontan meluru masuk ke dalam bilik.

Ktanggg... tang..tang... kedengaran bunyi periuk berlaga dengan daun pintu. Fauziah menggigil ketakutan.

"Allah....ya Allah... tolong lindungi hamba-Mu ini..." Fauziah terketar menyebut nama Allah dan kemudian bersungguh-sungguh membaca surah-surah pendek. Akhirnya Fauziah tertidur dalam ketakutan menunggu Zamir pulang.




*************************************************************************************************************************

"MANA ada hantu dalam rumah ni..." sangkal Zamir apabila mendengar cerita Fauziah. Walaupun kasihan melihat muka Fauziah pucat lesi, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu isterinya terlalu takut dengan gangguan aneh itu.

"Betul bang... Ziah takut sangat semalam. Memang ada hantu!" Fauziah beria-ia meyakinkan Zamir. Mudah-mudahan Zamir tidak akan meninggalkan dia sendirian lagi malam ini.

"Hishh... jangan ikutkan perasaan Ziah tu. Ziah tau tak, kalau Ziah takut, benda tu lagi berani kacau Ziah. Ha, kalau Ziah berani, benda tu pulak yang takut nak kacau Ziah." ujar Zamir sambil tersenyum.

Dari kata-kata Zamir itu, Fauziah tahu, pasti Zamir mahu keluar lagi malam ini. " Ni mesti abang dah janji dengan kawan-kawan nak keluar lagikan?" . Zamir tersengih. ' Ha ah. Kami nak pergi memancing." (gilaa aah, sampai hati suami dia)

Fauziah tarik muka tanda merajuk. Tetapi Zamir pandai memujuk. Sebelum keluar dari rumah, Zamir berpesan supaya Fauziah memberanikan diri.
Baru sejam Zamir pergi, Fauziah sudah diganggu. Pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Fauziah membiarkan sahaja.Dia sudah takut mahu membukanya.

Apabila Fauziah tidak melayan , ketukan menjadi semakin kuat sehingga terdengar daun pintu ditendang-tendang. Pun, Fauziah cuba buat tidak tahu.
Namun sekejap kemudian hampir semua tingkap dan pintu rumah diketuk bertalu-talu. Keadaan itu hampir saja membuat Fauziah menjerit sekuat hati kerana tidak tertahan ketakutan.

Bunyi ketukan itu berhenti. Tetapi diganti pula dengan bunyi orang berlari mengelilingi rumah sambil mendengus kuat seperti lembu jantan(redbull). Fauziah memekup telinga, Dia sudah berpeluh seram. Mana mungkin dia berani menghadapi gangguan sebegini sendirian.

"Tolonglah hentikan semua ini!" jerit Fauziah dalam keadaan memekup telinga.

Bukannya berhenti, bunyi orang berlari itu malah semakin kuat. Bahkan diikuti pula dengan tepukan-tepukan pada dinding. Bunyi orang berlari itu berhenti di pintu dapur. Suasana sepi seketika. Fauziah menajamkan telinga.


Kreeekkk.... Fauziah tergamam apabila mendengar bunyi pintu dapur dikuak perlahan-lahan. Kemudian mendengar pula bunyi  pinggan dan sudu berlaga sesama sendiri. Fauziah sudah panik separuh mati. Tangannya pantas mencapai batang penyapu lalu berjalan berjengket-jengket menuju ke dapur.

Namun apabila sampai di ambang dapur, Fauziah terkejut bukan kepalang. Bukannya ada orang, tetapi kerusi, pinggan-mangkuk bergerak sendiri. Sah! Ada hantu dalam rumahnya. Batang penyapu yang dipegang, terlepas dari tangan. Tidak semena-mena lampu dalam rumah terpadam!

"Hoi! Siapa kau hah? Kenapa ganggu aku?"

Tidak ada yang menyahut, cuma terdengar suara angin berhembus kuat. Dan tiba-tiba terdengar bunyi periuk jatuh ke lantai. Seperti ada seseorang yang melemparkannya ke lantai. Fauziah menggeletar. Ketika itulah dia teringatkan pesanan suaminya.

'Kalau Ziah takut, benda tu lagi berani kacau Ziah. Ha, kalau Ziah berani, benda tu pulak yang takut nak kacau Ziah.'

Tidak semena-mena timbul kekuatan dalam diri Fauziah. Dia sudah tidak tertahan lagi menanggung ketakutan. Sedangkan ketika Zamir ada di rumah, tidak pula 'benda' it datang mengganggu. Nampak sangat 'benda' itu hanya suka mengacau dan menakut-nakutkan Fauziah seorang.

"Hoi! Ini rumah aku! Lebih baik kau berambus! Jangan ganggu aku!" jerit Fauziah sekuat hati.

Bunyi-bunyi aneh tadi sudah tidak kedengaran lagi. Ke semua lampu tiba-tiba menyala kembali. Sepantas kilat, Fauziah  berlari masuk ke dalam bilik air. Dia segera mengabil wuduk dan kemudiannya masuk ke dalam bilik. Selepas menyarungkan tudung ke kepala, Fauziah mencapai naskah surah Yassin. Baru sahaja Fauziah  duduk di atas katil, pintu biliknya ditendang dengan kuat dari luar. Fauziah merengus.

"Kau tendanglah pintu sampai roboh sekalipun, aku malas nak layan kau!" jerit Fauziah  sebelum memulakan bacaan Yassin.

Ketika itulah kedengaran bermacam-macam bunyi aneh kedengaran di luar bilik. Bunyi orang melompat-lompat. Bunyi benda besar berat jatuh dari siling dan bergolek laju melanggar pintu bilik. Malah rumah terasa bergegar seperti dilanggar sesuatu yang besar.

Fauziah berusaha memekakkan telinga. Bacaannya diperkuatkan. Semakin kuat Fauziah  membaca, semakin galak pula 'benda-benda' itu berbunyi. Tetapi, lama-kelamaan ia menghilang sendiri. Suasan jadi tenang sediakala. Fauziah  mengeluh kelegaan sesudah selesai membaca. Naskah Yassin dijunjung lalu dicium. Fauziah dapat tidur dengan tenang.

Esoknya Zamir pulang, Fauziah segera menceritakan kejadian yang berlaku. Zamir tersenyum bangga mendengar keberanian Fauziah. Dan sejak itu, Fauziah tidak merungut lagi jika Zamir mahu melakukan aktiviti bersama-sama teman2nya pada waktu malam. Masih ada gangguan halus itu. Tetapi Fauziah menghabiskan masa membaca surag Yassin sebelum tidur dalam keadaan berwudhuk.

Hasilnya, Fauziah  tidak lagi diganggu oleh benda-benda halus.

Monday, 4 August 2014

Cerita Seram: Detik Jam 12 Malam


Kes bunuh diri itu berlaku lagi. Di lokasi yang sama, detik yang sama seperti kes-kes sebelumnya. Seorang lelaki, salah seorang kakitangan bangunan pejabat setinggi sepuluh tingkat itu didapati telah naik ke bumbung bangunan pada sebelah malam ketika sedang stayback di ofis. Esoknya ditemui mati terhempas ke jalan raya. Kepalanya berkecai seperti buah tembikai!


Setelah disiasat, polis mendapati waktu kematiannya adalah jam 12 malam. Tetapi tidak diketahui kenapa dia berada di atas bumbung bangunan pada waktu tengah malam begitu. Hanya satu spekulasi yang dapat dibuat, dia mengalami tekanan perasaan. Mungkin dek bebanan kerja.  Walaupun ia agak tidak kukuh bunyinya.

"Aku tak percaya semua mangsa tu mati bunuh diri!" Tiba-tiba Amirul membuat ulasan setelah seisi ofis sibuk membincangkan tentang kes ngeri itu.

"Eh? Kenapa pulak kau cakap macam tu?" Samrin bertanya kehairanan. Amirul itu sentiasa ada telahan sendiri apabila membuat kesimpulan tentang satu-satu kejadian.

"Yelah, semua yang mati tu ketika hidupnya tak nampak pun macam orang sakit jiwa. Ni mesti penunggu bangunan ni buat hal." Tegas Amirul.

Samrin dan Hamsani terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Dari mana pulak Amirul dapat cerita mengarut macam tu?

"Korang jangan pandang aku pelik macam tuh. Apa yang aku cakap ni betul. Aku dengar cerita ni dah lama. Orang kata bangunan ini berhantu." Semakinlah Samrin dan Hamsani ternganga mendengarnya. Kemudian sama-sama memandang Amirul dengan muka berkerut.

"Macam mana pulak boleh timbul cerita bangunan ni berhantu? Sepanjang aku kerja dan stayback kat sini, tak pernah pulak aku kena ganggu..." Samrin cuba menyangkal.

"Hantu tu pilih orang tertentu saja kut?" sampuk Hamsani cuba bergurau.

Amirul mula berasa tidak senang melihat tingkah dua rakannya. Nampaknya mereka berdua tidak mempercayai ceritanya. Biarlah mereka! Amirul segera berlalu tidak mahu mempedulikan mereka lagi.



***********************************************************************************************************


Sedar tidak sedar, waktu pejabat sudah habis berlalu. Para pekerja di bangunan pejabat itu semakin berkurangan. Tetapi Amirul masih tetap di meja kerjanya. Tekun menyiapkan laporan yang diminta oleh ketua jabatannya. Oleh kerana laporan itu diminta diletakkan di atas meja ketua jabatan pukul 9.00 pagi esok, Amirul mengambil keputusan untuk stayback.

Sehingga jam 10.00 malam, Amirul masih lagi di mejanya. Namun sekejap kemudian, ketekunannya terganggu apabila merasakan kedinginan yang amat sangat. Amirul menggigil kerana terlalu sejuk. Sambil menyarungkan jaket ke tubuhnya, Amirul berjalan menuju ke suis aircond yang terletak berhampiran dengan pintu masuk pejabat.

Baru sahaja tangan Amirul mahu menyentuh suis, telinganya mendengar bunyi bergema dari atas siling. Amirul mendongak sambil mengamati bunyi itu. Sekejap kemudian ia hilang.

"Agaknya aircond ni dah rosak..." bisik hati Amirul. Selepas menaikkan suhu aircond, Amirul kembali ke mejanya untuk menyambung kerja. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan jauh di belakangnya. Amirul berpaling. Tiada sesiapa. Amirul kembali tekun dengan kerjanya.

Beberapa ketika kemudian, Amirul tersandar. Matanya sudah terasa pedih kerana menghadap skrin komputer terlalu lama. Lalu mengalihkan pandangan ke luar dinding cermin, memerhatikan bangunan-bangunan yang bercahaya di luar sana.

Tiba-tiba Amirul tersentap apabila terlihat bayangan seorang perempuan di dalam cermin. Sepantas kilat Amirul berpaling. Kelihatan seorang perempuan berdiri tegak tidak jauh dari belakannya. Amirul kaget.

"Cik! Cari siapa kat sini?" tanya Amirul kehairanan kerana dia tidak mengenali perempuan itu.

"Tolong saya!" ucap perempuan itu dengan dahi berkerut-kerut. Amirul semakin berasa hairan.

"Kenapa dengan cik ni?" 

"Saya takut! Saya tengah buat kerja dekat ofis saya. Tiba-tiba ada benda ganggu. Sebab tu saya turun, manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang stayback kat bangunan ni," beritahu perempuan itu dengan muka yang pucat. Mungkin benar kerana dia benar-benar ketakutan.

Amirul mengangguk tanda faham. "Itulah.... Cik tu orang perempuan. Tak sepatutnya cik stayback seorang diri kat ofis. Bahaya. Lagipun, takkanlah cik tak dengar kisah-kisah hantu kat sini...."

Perempuan itu terdiam memandang Amirul sebelum tunduk sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Marilah saya temankan cik naik ke ofis cik. Tingkat berapa?" Amirul menawarkan pertolongan.

"Tingkat 10." Balas perempuan itu dengan nada agak perlahan dan masih tertunduk memandang lantai.

Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Perempuan itu diam. Amirul juga ikut diam. Tidak tahu apa yang mahu dibicarakan dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu. Perempuan itu berganjak ke belakang Amirul. Amirul membiarkan sahaja. Berpendapat perempuan itu segan dengannya."

"Dah sampai cik...." kata Amirul sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat sepuluh. Tapi tiada sahutan. Amirul berpaling.

Darahnya menyirap dan muka pucat lesi serta merta. Tiada sesiapa pun di belakangnya! Amirul panik. Mana perginya perempuan tadi?! Dalam keadaan keliru dan panik itu, tiba-tiba Amirul terdengar bunyi bergema. Perlahan-lahan Amirul berpaling ke luar lif. Nun di jauh hujung lorong kelihatan lembaga seorang perempuan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah lif. Lebih mengejutkan Amirul, kaki perempuan berkenaan tidak jejak ke lantai!

Amirul mula dilanda ketakutan. Tangannya menggigil menekan butang 'G'. Dia tidak mahu kembali lagi ke pejabatnya. Sebaliknya mahu terus keluar dari bangunan ini. Tetapi pintu lif tertutup dengan begitu perlahan sekali. Sehinggalah perempuan itu hampir sekaki. Barulah lif tertutup rapat. Amirul tersandar kelegaan.

Namun begitu dia dilanda kejutan kuat apabila wajah pucat perempuan tadi, terpacul di muka pintu lif. Sepantas kilat Amirul menekan kembali butang untuk menutup pintu. Aneh, walaupun Amirnul tidak menekan butang tingkat, tiba-tiba sahaja butang nombor 10 menyala sendiri.

Tidak semena-mena, Amirul mendengar rengusan nafas di belakannya. Perlahan-lahan Amirul berpaling. Perempuan tadi muncul kembali di belakang Amirul! Tetapi wajahnya teramat pucat. Amirul terpekik terlolong sambil menepuk-nepuk pintu lif. Dia mahu keluar dari situ.

Pintu terbuka tetapi masih di tingkat terakhir menuju ke bumbung bangunan. Amirul tidak mahu menunggu lagi. Lalu dia segera berlari keluar kerana lembaga perempuan itu mengekorinya.

Sampai di bumbung, Amirul menemui jalan buntu. Dia tidak tahu ke mana lagi mahu melarikan diri.

"Siapa kau?!" pekik Amirul sambil memandang takut-takut ke arah lembaga perempuan itu menyengir.

"Akulah hantu bangunan ini! Hehehehe!" Serentak dengan itu, lembaga perempuan tersebut melayang laju ke arah Amirul. Tanpa dapat mengelak, tubuh Amirul tertolak ke belakang. Dia hilang imbangan. Terus melayang jatuh ke bawah.

Buk! Kepala Amirul terhempas dahulu lalu berkecai! Lembaga perempuan itu terawang-awang di atas tubuh Amirul yang sudah kaku sebelum lesap ditiup angin.

Esoknya, bangunan itu kecoh lagi dengan kes bunuh diri tanpa mereka tahu, Amirul dan mangsa-mangsa lain terbunuh pleh lembaga yang menghantui bangunan itu tepat detik 12 malam!

Saturday, 2 August 2014

Projek dibulan puasa

Well ini lewat, tapi walauapapun, aku akan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA PADA KAMU SEMUA :) . ingatkan aku mahu update dimalam takbir, tapi, terasa malas dan penat. hehehe.. so ini sajalah yang dapat aku kongsi disini.. saat-saat aku belajar dan membuat tempahan biskut raya pada tahun ini. heh! tahun nih aku sangat relax.. yahuuuuuuuuuu~






biskut raya comel dan enak.. antaranya, biskut tembikai, aiskrim, mama carrie.. yg
dalam cups tu aku nda tahu nama nya. 






Mama Carrie.. yang putih tuh bukan coklat ya, tp serbuk
putih telur yg sudah di-blend.. ngehngeh.. favourite nih kalau mama suruh aku buat
dekorishen nya <3



belajar buat coklat tangkai.. nampak best buii.. tapi nda sempat belajar,
xda masa. huhuhu... sori dapur semak! ahak



biskut Lidah Kucing.  femes gila ini biskut... 



beginilah proses membuat coklat tangkai, tapi nda  tahu pula kalau sedap or
tidak perisa dia, sebab coklat masak yang aku pnh makan, bila cair saja
berasa sedap, tapi dah keras.. macam rasa LILIN ! heh







close up



tunggu dia keras, baru boleh ambil... ^-^



cantik tidak?? 



pelbagai hiasan






oops! terupload pula.. lantaklah , malas mahu remove. *gimik1*




oops! terupload pula.. lantaklah , malas mahu remove. *gimik2*




cuba2 buat Lidah Kucing sendiri... 4 tones . heuheuheu


buruk hasilnya.. huhu


yang ada serpihan2 biskut tuh dia pecah. sebab masih lembut, nda cukup masak
terus aku angkat dari oven. kehkehkeh. whateverlah, atleast aku cuba ^x^