Friday, 19 September 2014

LIEBSTER AWARD TAGGED BY SWEET RED CHERRY ^^


PERATURAN LIEBSTER AWARD:
  1. Namakan blogger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam post anda.
  2. Letak gambar award tersebut dalam post ada
  3. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  4. Nyatakan 11 perkara tentang diri anda.
  5. Senaraikan 5-11 blog yang lain dimana followersnya kurang dari 1000.
  6. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
  7. Tuliskan peraturan liebster award dalam blog anda.
  8. Maklumkan kepada blogger tersebut.


___________________________________________________________________________

Ehem... thanks to owner blog Sweet Red Cherry sebab sudi tag saya.. kekekeke.. dulu mahu sangat dapat, dah dapat, buat pun berlengah-lengah.... heuheuheu... btw thanks for taggg me kak :D



  • Anda blogger berasal dari mana?
I asal Sabah. 100 percent sabah, dan merupakan warga tempatan yang sah dan penduduk bumiputera :D


  • Tahun bila mula start blogging?
ta ingatlah... mula kenal dunia blogging nih dari zaman sekolah lagi, tapi first signup pertengahan tahun 2008 kot, tapi langsung ta pernah guna, paswod emel semua tuh dah lupa. hehehe..


  • Kenapa anda berblog?
sebab menulis diari sudah tidak relevan famous pada era ini?? hahaha.. I don't know, tapi saya bagi dua sebab yahh....

1.blogging best, pantas taip, luas dan boleh baca blog orang, lifestyle orang, peribadi orang, dan yang paling penting perkongsian pendapat/ilmu dan pengalaman. Serius, sangat best!! 

2. Diari! Yaa, me as a teeneger perempuan, harus miliki diari online, sebab kalau main2 tulis dalam buku diari I rasa lecehlah kalau bab nak tepek gambar(zaman kakak I main potong gmbr artis pastu tampal dlm buku khas ;p).. lagipun, orang boleh curi baca. hahaha... my bro lah, perangai macam cadburieet.. adakah patut dia baca my secret yang I ada crush dengan abang guard kt sekolah tuh.. pastu ugut3 I lagy.. sabar saja lah.. dahlah abang guard tuh ada hati dengan kakak sepupu saya, pehhh.. love triangle awww! keh.. tapi itu zaman bebudak, kalau ingat balik, ek elehh.... abang guard jaa punnns! haha.. tapi serius abang guard tuh memang UMPHHHHHH . melelehhhhh.. hakhahk


sebijik muka dia macam nih! serius ku ta bohong!!!


  • Siapa idola anda dan kenapa?
kalau I taruk 'ibubapa' seems tipikal pulak, hahahah.. ok, ini dari sudut lain yaaa, parents tuh memang dah terpahat dalam hati, tapi for orang lain, saya adored Avril Lavigne. She's very unique. dalam banyak-banyak artis Hollywood, dia lah satu2 nya artis/penyanyi yang I ta pernah nampak kissing2 dalam skrin. hak hak hak! And satu lagi, don't you think she has a different style( her own image ) compare to all artist, pastu ada pulak minah yang tiru2 cara dia nyanyi dan video klip pun ala mv Complicated.. siapa lagi kalau bukan Hilary Duff!! masa tuh I memang jadi anti gila dengan HD (tinguk So Yesterday).. tapi bila tahu dia pelantun lagu "what dream a made of" , terus pula I ta jadi anti dengan dia. hakhak, because I love dat song :D . eh he... Sori Avril, tercurangssss pulakkks ! auchhhhh


AVRIL RAMONA LAVIGNE !!


Si tomboy yang sangat cantik ! aww aww


  • Apa impian anda 5 tahun akan datang?
Punya....

1.  Banglow, tapi I lebih prefer rumah yang ala2 studio macam kat Empire Damansara tuh.. eh, betul kah? well, saya hanya check dalam internet, kalau salah tolongs correct kan heuheuheu...

BANGLOW
 Tapi kalau boleh, saya mahu yang modern design concept..
ta mao yang bentuk rumah. macam yang diatas nih, bentuj kotakkotak :P 


Studio apartment
But I more into with this one.. sangat cool dan nyaman.^^ 

2. A car....

yes! this car.. i love this car, nampak stylo dan tinggi. actually, saya ta tahu
pun apa2 tentang kereta, tapi bila tengok brand dia ada tulis "MITSUBISHI",
teringat dulu masa darjah 4 saya pernah kelentong kan my friends yang arwah datuk
saya orang Jepun, nama dia Mitsubishi, padahal tiada pon. wa tipu aja... wakakakah!!
aisshhh...anak siapa laini lol




tapi..tapi... tanya tanya kat my bro, harga kereta2 branded nih semua ta jatuh dari 100k.. ehek! kempunan laa saya.. tekanan sekejap.. a few minutes gitu, my bro hantar whatsap cuba pujuk, so dia syor saya keluarkan kereta jenama kat bawah nih..






















KANCIL! lagi la wa tekanannnnnzz! tapi bagus juga, daripada tiada.
kan? kan? kan? *pujukhatisobssobs*


Tapi..tapii... ada lagi tapi, kukukuii.. ni juz impian, ta real pun.. alahaii..
              "I'm in my dream!!!" *3 hignotes mcm IU nyanyi tuh*



  • Siapa rakan blogger yang rapat dengan anda?
setakat nih... Junkyo , kak Bbwana, Naalisaa, siapa g ahh.. hehee,, saya jarang online blogging nih, so ada banyak yang saya lom rapat, tapi Junkyo saya suka sebab dia sorg Otaku.. juz like me, heuheu.. Saa si gadis Thai nih, serius periang, suka baca her entries, and rajin juga lawat saya disini, cuma lately dia bz kot kan dah akhir tahun..exam kian dekat *auchh seramnya..exam nyah kau!!* kak Bbwana pula, dia selalu komen entri saya walaupun isinya tah apa la yg I posted, hak hak..tekiu kak ^^ , pluz dia pandai buat kek ... yummyumm ^~^


  • Apakah warna kegemaran anda?
Hitam dan putih. Sebab tuh lah saya lebih suka blog ini juz kaler hitam dan putih jaa. Simple! ^^
Tapi kalau ada masa, teringin juga mahu kasi warna warni.. muahahahak!



  • Kenangan yang tidak dapat dilupakan?
Err.... kehilangan atuk, pakcik dan family member yang saya sayang. Alfatihah untuk mereka.



  • Apa hadiah impian anda?
Banyak! Tapi mostly, saya selalu mengimpikan yang I nih punya bakat/kebolehan iaitu 'MELUKIS'.. sebab i nak jadi seorang MANGAKA. tapi since ta ada bakat melukis, lukis Kucing pun saya terketar-ketar, better jadi penulis sajalaa.. maksud I, penulis biasa2.. sekarang saya masih belajar selok belok dalam dunia penulisan. Heh! and now baru lah I tahu betapa mencabarnya menjadi seorang penulis eh bila masa pula I jadi penulis nih haks  respek kepada penulis2 novel or ilmuan. serius mereka sangat daebakkk! (kecuali media and wartawan gosips, ta minat ;p)


favret I <3

  • Berikan pendapat tentang blog saya?
Saya suka!!!!!! Serius saya suka sangat2... lebih-lebih lagi bila blog kakak sudah bertukar wajah, memang comel kemas dan sejuk mata memandang, pandai adik Aina ubahsuai. heuheuheu.. dan yang paling best tentang blog kakak nih, ada banyak gambar kek.. cheese kek, cheese kek leleh.. kek coklat, etc lagi lah.. Gulp! kekadang ta tahan tengok.. terliur sampai ta terkata I . maybe, suatu hari saya nak makan kek2 kakak tuh.. serius suka sangat..  :D :D



  • Berikan ucapan pada saya...?

Hehe..terima kasih kak, sebab sudi tag saya dalam Liebster Award nih. Terharu sesangat. Minta maaf juga sebab lambat update Liebster nih, masa kakak bagitahu yang I nih kena tag, saya terus buat tajuk dan copy semua soalan dari blog kakak, tapi saved sebagai draft sampai berhari2 soriii :") , malam nih baru ada mood nak taip entri. lately semangat berblogging saya menurun, ta tahu sebab apa. hehehe.. tapi sekarang saya dah kembali aktif..  :D tengkiu kak Bbwana ^-^ , kak Bbwana memang comel, baik dan cantik *bodek2 sikit mana tahu boleh makan kek free heuheu* hehe joking ba kak ^^