Friday, 28 November 2014

Hati kena sado... T_T

Kena kopek oleh bebudak anak kakak I .. cmna la nanti mahu blogging and chatting.. huhu..
laptop pon cap ayam punya. thats why laa I selalu mentioned mahu beli iMac (amboihh imac terosss kioo) ..

soo, selepas tragedi ini, saya akn jarang update dan BW , mungkin online di handphone saja memandangkan hati lappy saya pon daa kena sado (actually aku pon ta paham apa *sado2* nih,guna jak la ayat tuh) .. so, bogoshipo lah umtuk kamu T_T

status: update pakai henfon sambil carik punat laptop ^_^   *lam hati menangis*


update: selepas kejadian... seksa beiii menaip tanpa kesempurnaan nih.. huks! 



yang bertanggungjawab.. *senyuman evil*
actually bukan dia seorang, dengan abg dia juga, tapi dia nih la
yang selalu kantoi dengan I, pastu kepingan keybod tapuk dalam mulut...
mcm aku ta nampaksssss! heh!! saya lg hotaaiii taw >:(

Tuesday, 25 November 2014

nightmareeeeee

2:19 AM.

Terjaga dari tidur..

Aku termimpikan sesuatu yang menyeramkan... begini ceritanya.. 

"Aku dan rakan-rakan ( ta ingat nama tp yang pasti Aidan ada dan aku berlagak mental kuat konon)  .. Dimana in my nightmare tuh Rihanna telah terbunuh/dibunuh dengan kejam, pada waktu malam yang suram.. lengan nya kelihatan terkoyak dan telah dijahit cincai.. tali benang jahitan adalah besar, sebesar saiz cacing.. dan Rihanna  tergantung diatas pokok dengan keadaan yang mengerikan -_- ..


Lalu, aku dan rakan2 menonton seperti cacing kepanasan sebab terlalu takut (apa yang pasti Aidan semakin merapati diriku, padahal dia lelaki  aku perempuan) .. aku cuba berlagak spt heroin cuba menunjukkan yang aku tidak takut...


Tiba-tiba... Rihanna bangkit! Tangan nya cuba membuka ikatan yang ada pada badannya.. kami terkejut!!

What?????!

Rihanna masih hidup????!!


Rihanna terkulai-kulai berusaha untuk melepaskan dirinya.. kami kehairanan! Melihat kecederaan dan luka yang parah ada pada badan  Rihanna, mustahil dia boleh survived.

Makin lama Aidan semakin dekat dan cuba untuk duduk disebelah ku, aku pula kian rasa annoying, dah lah nerd (actually xda kena mengena dgn nerd), penakut pulak tuh .. nyesal aku suka pada Aidan!


Akhirnya Rihanna pun terlepas dan terjatuh ke tanah.. tapi apa yang menghairankan, pelakon "Rihanna" yang kami tonton sebentar tadi telah bertukar menjadi pelakon "Sarah Michelle  Gellar" . 

Sangat menghairankan! Aku dan rakan-rakan (termasuk Aidan) look at each other... tetiba la pulak! Tapi kami tetap layan sahaja. Nampaknya movie nih kononnya semakin menarik..

Lalu Sarah bingkas untuk bangun, tapi ikatan tetap tidak terbuka, manakala mulutnya kini telah di tampal dengan cellotape (masa jadi "Rihanna" tadi takda pula tampal menampal nih. haihh, sabar jak lah.. dah namanya mimpi) ..

Sarah kian panik, dia meronta-ronta tetapi tidak berjaya. Secara logiknya, kami melihat keadaan Sarah tidak lah begitu kritikal (ikatan tali tdk begitu ketat) . tapi bila diperhatikan, kenapa Sarah masih tidak juga dapat melepaskan diri...?


Ini kerana badan Sarah yang diikat sambil dibalut dengan plastik(tetiba pula dibalut dgn plastik) telah dilumur dengan gam gajah diseluruh badannya, kecuali di bahagian kepala, hidung dan mata.. dengan mulut2 sekali, dah lah kena cellotape, mulut kena gam lak tuh..
Sarah meronta dan berteriak. tetapi sayang, sedangkan dia berteriak sekuat hati mulutnya tidak terbuka.

Dalam keadaan dia meronta-ronta itu, tiba-tiba kelihatan dari jauh, ada dua orang lelaki datang menghampiri.. memakai pakaian seperti orang dari kebun(versi org futtihh) , diri mereka nampak kotor dan selekeh.. rambut tidak terurus dan aku lihat jari jemari mereka sangat kotor, kuku jangan cakaplah, hitam dan nampak pucat(seperti tangan mayat yang hendak reput). Aku berasa geli melihatnya, bagaimana lah perasaan Sarah? T_T

Sarah kebingungan. Dia tidak tahu samada 2 orang lelaki itu bagus ataupun tidak, dia cuba melepaskan diri biarpun gagal.


Lalu, lelaki separuh umur (berbadan sedikit gempal) yang menjijikkan itu, dengan selamba, menarik perlahan tangan Sarah (eh, senang pulak terlepas dari gam) dan menyuruh  lelaki satu (dimana muda sedikit, anak dia kowt)  memegang tangan tersebut, dan  ditadah ke tanah. Sarah kebingungan, tidak tahu berbuat apa.

Si lelaki yang menakutkan itu, mengeluarkan sebilah gergaji yang tajam bersaiz sederhana lalu dia tersengih menampakkan gigi nya yang buruk dan berkarat kehitaman, nampak kotor dan tidak pernah diberus. Sarah ketakutan dan meronta-ronta (kesian Sarah) . Lelaki berdua itu tidak berkata apa2 tetapi hanya ketawa terkekek-kekek melihat Sarah kepanikan dan seolah merayu agar tidak disakiti.. tetapi, seperti yang digambarkan secara fizikal kedua orang lelaki itu, mereka adalah makhluk yang kejam dan jijik.


Sarah 'menjerit-jerit' meskipun suaranya tidak keluar, lelaki tua itu mula beraksi, lalu memotong (menggeraji) tangan Sarah dengan perlahan, maka berkeluaranlah darah merah dari tangan Sarah yang baru sahaja dipotong.. mereka berdua berketawaan sesama sendiri, gembira melihat kesakitan yang tidak terperi oleh Sarah. Sekali sekala mata Sarah terbeliak keatas kerana kesakitan.. (oh no).

Sarah semakin lemah, darah yang deras keluar telah membuatkan dia kelihatan pucat dan tidak bermaya.. Lalu, sterusnyya tangan sebelahnya juga menjadi mangsa, kini Sarah sudah tidak mampu meronta, seperti dia sudah pasrah akan takdirnya..


Dan langkah terakhir, si lelaki muda itu membaringkan Sarah ke tanah dan meng-exposed kan leher Sarah kepada si lelaki tua, mulut mereka berdua masing-masing meleret tanda setuju, lalu si lelaki tua dengan tiada perasaan (mungkin juga Satan menyerupai manusia) , menggeraji leher Sarah dengan rakus lalu terpisah lah kepala Sarah dengan badannya.. maka darah pun melompat-lompat keluar dari leher, sementara kepala Sarah tergolek sejarak dua dari badannya.

Lelaki muda itu menadah mulutnya di leher Sarah dan mengumpul darah tersebut kemudian berkumur-kumur dengan darah tersebut, lalu meludah kembali darah itu ke arah kepala Sarah yang sudah tanpa badan lalu mereka pun beredar dari tempat kejadian, meninggalkan Sarah dalam keadaan yang mengerikan itu.


......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Suasana yang hening dan suram diterangi cahaya bulan itu... di fokuskan keadaan mayat Sarah selepas 1-2 jam dibunuh oleh 2 orang lelaki tadi, (ala mcm dalam movie tuh) .. darah sudah berhenti keluar, di fokuskan lagi kepala tanpa badan yang dilumuri darah (koz kena ludah oleh lelaki  tadi), riak muka Sarah seperti sedih dengan keadaan mata tertutup... lalu kamera mem-fokus lagi tepat kearah wajah Sarah, di fokus lagi.. di fokus lagi..




"KEJAM !!!"


Ayat itu terpacul dari mulut Sarah dengan tiba-tiba. Reaksi kepala tanpa badan itu amat luar biasa, mata nya yang tajam dan reaksi seperti marah (balas dendam juga kot) telah menamatkan movie itu...."


Setelah movie itu habis, aku dan rakan-rakan tergamam seketika dan lalu aku pun terjaga dari mimpi ngeri ku ^o^

Sekian. wkwkwkwkwk~

Friday, 21 November 2014

Paling seksi dihati ku. aww aww!

Semalam (malam Rabu), time berlegar-legar diruang tamu sambil buang masa tengok astro Awani ada news tentang Chris Hemsworth tu hah. Ta kenal, well Hemsworth nih pelakon utama dalam filem Thor. Kalau ta kenal gak, ko p google la sendiri memasing ada jari wkwkwkwkwk.

So the Headline dia adalah begini "Chris Hemsworth telah dinobatkan sebagai lelaki paling terseksi di dunia". huh! Makan muu nokss... paling seksi didunia chuiiii.. hakhakhak..



Aku macam, "eh boleh pulak camni?" .. memandai saja orang futtih nih kan nobat2 kaum sebangsa mereka sendiri jadi makhluk paling seksi didunia.. kalau setakat paling seksi di Hollywood I rasa masih boleh terima la jugak, tapi ini masuk level "Donia". wkwkwkwkwk.. memang nak mencipta sejarah and nak mereka sahaja yang dikenali. puiiiii~

Actuaally I ta jeles.. sebelum buat entri ngokngok nih pun I buat research gak di Internet apa yang boleh membuatkan si Hemsworth nih boleh jadi lelaki paling seksi didunia.. lalu ku google..google...google.. memanglah layak cuma lain orang lain pendapatzzz. *malas na hurai*

Tapi, kalau mengikut pemerhatianku.... Ada banyak juga jejaka-jejaka yang paling seksi dan handsome dalam dunia ni, cuma bezanya ada yang ta dikenali dan juga dikenali.. heuheuheu. kalau dalam my Instagram tuh, I biasanya follow modeling lelaki dan perempuan (alamaks pecah rahsia), (lelaki) ramai je I tengok yang good looking, kalau Hemsworth boleh dapat title 'paling seksi' sebab badan dia ketul-ketul, nampak maskulin, helloooo... model2 lelaki dalam IG I tuh pun ada taw apa yang Hemsworth ada.. tinggi, badan ketul, nampak maskulin dan handsome.. semua hadoo !

Well, sorry lah kalau terbandingkan mereka2 diatas, dah nama nya duniakan.. so dunia lah yang ditekankan disini :p mampuss aku ayat berani matikks! lol

Still mereka sangat sure kah yang Chris Hemsworth nih antara lelaki paling seksi dalam dunia?? and once again, IDTS .. okay, juz wanna show you something ;p






























Wanita yang korang lihat diatas ini actually bukan wanita sebenar kay (ladyboy), nama dia is Nong Poy, trangender dari Thailand.. tapi serius memang cantik dan S.E.K.S.I .... so masih berkeras yang C.Hemsworth itu paling seksi di donia? hakhak... I know ia transgender, tapi tiada manusia yang mampu mengubah hormon-hormon kelelakian nya menjadi seorang wanita sejati. *if you know wht I mean* sorry tapi dia seorang yang lovely.. serius !

hensom idokk??

So, I rasa ta payah lah kan nobat-nobat siapa yang paling hot, paling cantik, paling seksi, paling pintar or anything lah.. buat orang lain rasa insecure ssaaajerwww.. lol , and once you kena ingat gk, kalau kita rasa diri kita paling hebat (cantik, pintar,etc) maka ada lagi yang terhebat diluar sana.. if you know what I mean. eceh! So, simpan diam-diam dalam hati udah lerrr . ta yah heboh satu donia lol. sebagai contoh.....

 "ehem,,ehemm... kau lah palingg seksi dihati ku, Kris." *bisik dalam hati*

statsu: 'beauty is in the eye of the beholder'

Monday, 17 November 2014

Band baru - BTS

Hi my dear blog,

Ok, sejak perpecahan EXO yang sudah kehilangan anggota member terhandsome dan tertinggi iaitu Kris Wu dan si suara angel iaitu LuHan, yang telah berjaya mematahkan hatiku menjadi 5 kepingan.. Lalu aku beralih pada group BTS. Yes, full name nya Bangstan Boy. 

Well aku jadi fans of BTS baru je. Rasanya ta sampai seminggu. Heuheu.. tapi aku masih dalam proses untuk mengenali hati budi personaliti dan aktiviti mereka. So far nya I suka, suka sesangat,. Neh, padan muka mu EXO, siapa suruh kamu menghancurkan hati ku dan juga peminat kamu yang lain diserata dunia. Siap mereka ship2x kasi jadi kamu manusia songsang diatas bumi ini. Dafuqq??!

Enough with EXO but I still love them.. So BTS, ermmm.. I really like J-Hope. Auchhhh! Fisrt I menonton MV mereka di Youtube, I said , 'Huh, nothing special meh!' .. then J-Hope's face was appear on my screen and I startled ! 'OMG' bilang ku dalam hati.. wkwkwkwkwk.. Kiutnya dia. IDK, sometimes he looks like Baekhyun Exo (Sungmin SJ juga).. tapi aku lebih suka J-Hope lah sebab Baekhyun sudah di taken sama itu Taeyeon. Damnnnn! As a fans, ku doakan mereka ok-ok je, cepat-cepat kahwin, dapatkan zuriat (just saying) ta comel pun ta mengapa, rezeki dari Allah ta boleh di kondem. eh eh, kata enough dengan EXO tapi I masih lagi menyentuh pasal Baekhyun. Hak hak. nampak sangat minat I nih masih ta pandai pudar, well, itu tandanya I setia bersama EXO. ok, cukup, entri ni about BTS (sambil dengar lagu BTS - Just One Day nih sambil tangan terketar-ketar)

Tapi in BTS, hanya beberapa member je yang I minat... mari korang tengok siapa calon-calon bertuah yang berjaya memikat hati I ini... (amboihhh ayat minta sefarkkk meh!) 


J-Hope





Kepada yang belum mengenali J-Hope itu, nah.. perkenalkan lah, my J-Hope! Comel dan handsome kan? *jangan muntah please*  wkwkwkwkwk... ada yang kata dia ta kiut dan gigi panjang. Eh, eh, yang mengutuk itu sudah sempurna dan cantik kerwww?? shame on you derr. Biarpun gigi dia panjang tapi dia disayangi oleh ratusan ribu wanita/perempuan diluar sana taukkk! Setiap insan mempunyai charms dia masing-masing.. So, in my eyes, J-Hope sememangnya kiut. kuikuikui.. 


Rap Monster






Inilah dia Rap Monster. Nama sebenarnya Kim Nam Joon :) . Ok, firstly, sejujurnya I ta suka lah dia nih. Suara dah lah garau besar, nampak jahat lak tuh. hukhukhuk.. nah, itu lah akibatnya bila suka judge orang dalam pandangan pertama. Tapi kenapa I boleh suka? cenggini guys (cm la korang mahu taw kan hakhak) .. Petang tadi I cuba2 tengok Weekly Idol la karnn.. so my eyes was caught up by this sexy boys ;p damnn.. Dia yang selama ini kufikirkan 'badboy' types dimataku telah bertukar menjadi seorang sopan dan pendiam. Dalam hati I berkata 'oh, dia seorang yang sweet' .. maka daku menyesal kerna menuduhnya seorang yang jahat. Please don't contohi me okay.. tapi, bukan sebab itu je I suka dia, bibir nya yang seakan berisi itu juga menarik perhatian.... wakakakakah ! well, IDK, i cant describe overall, I just like him the way he is <3 , Nam Joon, noona loves you, please loves me back




Jin


Ini Jin yang bukan hidup dialam ghaib tu yah. Ini Jin manusia yang hidup di bumi Korea. Jangan salah faham yooo.. See, macam mana lah kakak ta jatuh hati dengan adik Jin nih, siap genggam bunga Rose lagi sambil nyanyi lagu feveret kakak.. Aishhh!! Tapi, ini dalam MV sajorrr, ta mungkin akan menjelma di alam realiti *merajuk ;p* .. ini I suka gak sebab bibir dia berisi tebal.. alamak pervss nya aku. ahakssss! 


So, amacam my dear bloggie? Handsome2 ta mamat sepet mata yang i perkenalkan ini? kuikuikui.. well, I love them so much.. so, 

Please loves me back, boys !

status: now listening BTS- JUST ONE DAY <3

Saturday, 15 November 2014

#2. Bucket List year-->204567

I'm In My Dream......



1. BJD - DOLL <3




2. iMac



3. iPone



4. Waffle Maker Machine



5. Sambung belajar



status: bakal update bucket list lagi. wkwkwkwkwkwkwk

Wednesday, 12 November 2014

Hi... its been a while :)

Hi...

Dalam my draf nih ada banyak entri yang belum I publish kan , ada yang dah siap ada yang masih belum siap. hukhuk... IDK, mahu publish or ta , sebab terasa macam mengada-ngada saja apa yang I tahip. puhhhh! Ya, saya tahu blog ini saya punya, tapi daku yakin mesti ada juga yang akan baca entri 'something' saya nih. kekekekeh! So, I macam takut kalau2 my ayat nih macam strong dan gedik or whatever laa yang boleh buat orang menyampah, tersinggung matiks aku tahpi bila ku mikirin, just be yourself then they judge you orang suka thank you, orang ta suka kau punya pasal lar kan?! :P So, ku decided untuk mengepost my entri basi ituh disini kelak apabila ku sudah bersedia dan berasa yakin. Heuheuheu!!

 Lagi satu I mahu eksplen ma korang ah, I know my penulisan sering bertukar-tukar *ta tahu na eksplen*. Kekadang macam kebudakan-budakan, kekadang macam matang *eh yakah* , kekadang serius shitttt , kekadang macam sedih or etc... seolah daku meniru cara penulisan orang lain! Oh tidak, hukhukhuk... mungkin juga sedikit, kekekeke, tapi yang sebenar-benarnya, ia bergantung pada mood jiwa I apabila sedang menaip entri, ada masanya saya menaip dalam keadaan teruja so my ayat2 memang banyak ragamlah... kalau dalam keadaan tenang well I rasa kau boleh tangkap punya. So, the end-nya penulisan saya ta menentu, bergantung pada mood, kalau time marah mungkin akan terkeluar segala ayat keras or memaki. Itulah daku  T_T

tapi bagaimana kan,

(let them hate you for who you are than to love you for who you are not) :3


Jangan risau, dalam blog korang saya ta akan meroyan bagi komen yang ngokks *gila arh aku buat gituh hak2* bcoz me a good good girl ;p  .. Kepada mereka yan singgah di blog saya nih, ku berterima kasih kepada kamu sangat2 kerana berani mengorbankan setiap detik waktu yang berharga semata-mata hanya untuk membaca blog yang thumbs down ini. kuikuikui... JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK YAWWWW!! Ada masa I lawat blog kamu dan follow, tapi bergantung pada taste I jugalah kalau bab follow nih.. hakhakhak ;p  okokok joking bhuiii !


So, sampai sini sajalah I coretkan apa yang ingin di hapdetkan malam ini... Tadi my laps terhempas so tunggu I beli a new computer *fuhh,mcmbykduitnih* baru lah I boleh serbu blog-blog anda sekalian. Be ready , people ! :B ngehngehngeh

Motif upload this pic: background dan affect lighting gambar
ini sangat indah :B  
*abaikan lelaki tersebut*

Friday, 7 November 2014

Jesse McCartney. hak! hak!

Oleh kerna I menghormati privasinya, maka tidaklah saya meng aplod gambar beliau disini. Biarpun dia seorang model. hak hak

Blog, I geli hati bila I buka fb, lalu ternampak si model(mamat) nih selalu upload pic dia bersebelahan dengan Jesse McCartney.



Paling lucu bila dia cuba tiru posing Jesse McCartney yang super seksiii hituhhh. kahkah. Maka saya dengan sopan nya hanya terkekek-kekek ketawa melihat gambar nya.

Tapi, bagi saya, tidak perlu lah dia buatt begitu, sebab dimata ku, dia lebih lawa dan hottt dari Jesse McCartney.. heuheuheu~  ekceli suka hati dia lah kan aku nih memang ta sedar dirihh tol

 But, what can I do kan?! Hak dia, tapi I juz risau dia akan jadi bahan ketawa friendlist facebook dia nnt, dah lah ramai jejaka2 yang kurang hottt envy pada dia, kah kah kah.. Wa'imah dia berbuat begitu?? tidak patut tidak patut. kekekeke.. arghhhh...





WhatEverlah ko!! :p