Tuesday, 25 November 2014

nightmareeeeee

2:19 AM.

Terjaga dari tidur..

Aku termimpikan sesuatu yang menyeramkan... begini ceritanya.. 

"Aku dan rakan-rakan ( ta ingat nama tp yang pasti Aidan ada dan aku berlagak mental kuat konon)  .. Dimana in my nightmare tuh Rihanna telah terbunuh/dibunuh dengan kejam, pada waktu malam yang suram.. lengan nya kelihatan terkoyak dan telah dijahit cincai.. tali benang jahitan adalah besar, sebesar saiz cacing.. dan Rihanna  tergantung diatas pokok dengan keadaan yang mengerikan -_- ..


Lalu, aku dan rakan2 menonton seperti cacing kepanasan sebab terlalu takut (apa yang pasti Aidan semakin merapati diriku, padahal dia lelaki  aku perempuan) .. aku cuba berlagak spt heroin cuba menunjukkan yang aku tidak takut...


Tiba-tiba... Rihanna bangkit! Tangan nya cuba membuka ikatan yang ada pada badannya.. kami terkejut!!

What?????!

Rihanna masih hidup????!!


Rihanna terkulai-kulai berusaha untuk melepaskan dirinya.. kami kehairanan! Melihat kecederaan dan luka yang parah ada pada badan  Rihanna, mustahil dia boleh survived.

Makin lama Aidan semakin dekat dan cuba untuk duduk disebelah ku, aku pula kian rasa annoying, dah lah nerd (actually xda kena mengena dgn nerd), penakut pulak tuh .. nyesal aku suka pada Aidan!


Akhirnya Rihanna pun terlepas dan terjatuh ke tanah.. tapi apa yang menghairankan, pelakon "Rihanna" yang kami tonton sebentar tadi telah bertukar menjadi pelakon "Sarah Michelle  Gellar" . 

Sangat menghairankan! Aku dan rakan-rakan (termasuk Aidan) look at each other... tetiba la pulak! Tapi kami tetap layan sahaja. Nampaknya movie nih kononnya semakin menarik..

Lalu Sarah bingkas untuk bangun, tapi ikatan tetap tidak terbuka, manakala mulutnya kini telah di tampal dengan cellotape (masa jadi "Rihanna" tadi takda pula tampal menampal nih. haihh, sabar jak lah.. dah namanya mimpi) ..

Sarah kian panik, dia meronta-ronta tetapi tidak berjaya. Secara logiknya, kami melihat keadaan Sarah tidak lah begitu kritikal (ikatan tali tdk begitu ketat) . tapi bila diperhatikan, kenapa Sarah masih tidak juga dapat melepaskan diri...?


Ini kerana badan Sarah yang diikat sambil dibalut dengan plastik(tetiba pula dibalut dgn plastik) telah dilumur dengan gam gajah diseluruh badannya, kecuali di bahagian kepala, hidung dan mata.. dengan mulut2 sekali, dah lah kena cellotape, mulut kena gam lak tuh..
Sarah meronta dan berteriak. tetapi sayang, sedangkan dia berteriak sekuat hati mulutnya tidak terbuka.

Dalam keadaan dia meronta-ronta itu, tiba-tiba kelihatan dari jauh, ada dua orang lelaki datang menghampiri.. memakai pakaian seperti orang dari kebun(versi org futtihh) , diri mereka nampak kotor dan selekeh.. rambut tidak terurus dan aku lihat jari jemari mereka sangat kotor, kuku jangan cakaplah, hitam dan nampak pucat(seperti tangan mayat yang hendak reput). Aku berasa geli melihatnya, bagaimana lah perasaan Sarah? T_T

Sarah kebingungan. Dia tidak tahu samada 2 orang lelaki itu bagus ataupun tidak, dia cuba melepaskan diri biarpun gagal.


Lalu, lelaki separuh umur (berbadan sedikit gempal) yang menjijikkan itu, dengan selamba, menarik perlahan tangan Sarah (eh, senang pulak terlepas dari gam) dan menyuruh  lelaki satu (dimana muda sedikit, anak dia kowt)  memegang tangan tersebut, dan  ditadah ke tanah. Sarah kebingungan, tidak tahu berbuat apa.

Si lelaki yang menakutkan itu, mengeluarkan sebilah gergaji yang tajam bersaiz sederhana lalu dia tersengih menampakkan gigi nya yang buruk dan berkarat kehitaman, nampak kotor dan tidak pernah diberus. Sarah ketakutan dan meronta-ronta (kesian Sarah) . Lelaki berdua itu tidak berkata apa2 tetapi hanya ketawa terkekek-kekek melihat Sarah kepanikan dan seolah merayu agar tidak disakiti.. tetapi, seperti yang digambarkan secara fizikal kedua orang lelaki itu, mereka adalah makhluk yang kejam dan jijik.


Sarah 'menjerit-jerit' meskipun suaranya tidak keluar, lelaki tua itu mula beraksi, lalu memotong (menggeraji) tangan Sarah dengan perlahan, maka berkeluaranlah darah merah dari tangan Sarah yang baru sahaja dipotong.. mereka berdua berketawaan sesama sendiri, gembira melihat kesakitan yang tidak terperi oleh Sarah. Sekali sekala mata Sarah terbeliak keatas kerana kesakitan.. (oh no).

Sarah semakin lemah, darah yang deras keluar telah membuatkan dia kelihatan pucat dan tidak bermaya.. Lalu, sterusnyya tangan sebelahnya juga menjadi mangsa, kini Sarah sudah tidak mampu meronta, seperti dia sudah pasrah akan takdirnya..


Dan langkah terakhir, si lelaki muda itu membaringkan Sarah ke tanah dan meng-exposed kan leher Sarah kepada si lelaki tua, mulut mereka berdua masing-masing meleret tanda setuju, lalu si lelaki tua dengan tiada perasaan (mungkin juga Satan menyerupai manusia) , menggeraji leher Sarah dengan rakus lalu terpisah lah kepala Sarah dengan badannya.. maka darah pun melompat-lompat keluar dari leher, sementara kepala Sarah tergolek sejarak dua dari badannya.

Lelaki muda itu menadah mulutnya di leher Sarah dan mengumpul darah tersebut kemudian berkumur-kumur dengan darah tersebut, lalu meludah kembali darah itu ke arah kepala Sarah yang sudah tanpa badan lalu mereka pun beredar dari tempat kejadian, meninggalkan Sarah dalam keadaan yang mengerikan itu.


......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Suasana yang hening dan suram diterangi cahaya bulan itu... di fokuskan keadaan mayat Sarah selepas 1-2 jam dibunuh oleh 2 orang lelaki tadi, (ala mcm dalam movie tuh) .. darah sudah berhenti keluar, di fokuskan lagi kepala tanpa badan yang dilumuri darah (koz kena ludah oleh lelaki  tadi), riak muka Sarah seperti sedih dengan keadaan mata tertutup... lalu kamera mem-fokus lagi tepat kearah wajah Sarah, di fokus lagi.. di fokus lagi..




"KEJAM !!!"


Ayat itu terpacul dari mulut Sarah dengan tiba-tiba. Reaksi kepala tanpa badan itu amat luar biasa, mata nya yang tajam dan reaksi seperti marah (balas dendam juga kot) telah menamatkan movie itu...."


Setelah movie itu habis, aku dan rakan-rakan tergamam seketika dan lalu aku pun terjaga dari mimpi ngeri ku ^o^

Sekian. wkwkwkwkwk~

3 comments:

  1. alahai... movie dalam mimpi rupanya.. fuhhh.. ahahaha XDD

    nih banyak tgok movie nih Fina.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi ngeri !!!! rasa cm real saja even pun dalam mimpi xD

      cm taw2 je Misaki ;p , a ah, kalau fina dah senyap kt blog, ertinya tgh layan horror movie ;p .. best! ^^

      Delete
    2. ahaha.. Misaki pernah mimpi yg ngeri.. even tak betul.. tapi nampak real.. tapi sometime leh kawal lagi mimpi tuh.. ahahaha..

      kalau tak boleh kwala tuh means that thing datang kacau kita tidur...errrk.. :3

      mcm Misaki ada sekali tuh mimpi waktu Asar, elok tengah tidur.. rasa panas and berlendir atas kepala, bila bukak mata.. nampaka da baby berjalan dengan badan berdarah merangkak keluar dari bilik.. serius pastu terus terjaga.. sbb mmg rasa seram sangat...

      fuhhh... Misaki horror nih boleh je, tapi kena ada kawan.. nak tgok ngan family susah sikit sbb Misaki jenis jerit bila terkejut.. ahahaha.,, cite ape yg best Fina?

      dah tgok belum cita Last SUmmer thai punya.. mmg best!! :D kena tgok.. Misaki tengok tahun lepas.. banyak terkejut.. kalau real lah cerita tuh.. mmg tak sanggup nak buat benda yg sama mcm movie tuh cerita :3

      Delete